Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2018 @ 4:10am

‘Mak…Maafkan Saya’, Air Mata Megat Jatuh Saat Tersingkir

Konsert keenam Mentor 7 menyaksikan protege Aizat, Megat tersingkir, malam tadi.

Menyanyikan lagu Untukmu Ibu nyanyian asal Mamat Exist, persembahan Megat gagal menarik perhatian juri sekaligus menempatkannya di kedudukan terendah.

“ Seperti penonton dapat lihat tadi, apabila juri menyebut protege Aizat mendapat markah terendah, saya dengan rela hati tampil ke depan.

“ Ini kerana saya sudah menjangka akan tersingkir malam ini apabila mendengar komen daripada juri tetap. Saya tidak berkecil hati dan menerima dengan hati terbuka,” katanya kepada xtra.com.

Megat atau nama sebenarnya Mohd Adzuan Mazlan turut berterima kasih kepada mentornya, Aizat Amdan yang banyak membantu sepanjang berada dalam program Mentor 7.

“ Terima kasih buat Abang Aizat yang memilih saya untuk menjadi protegenya. Buat ibu di kampung, saya minta maaf atas penyingkiran ini.

“ Sepatutnya hari konsert final Mentor 7 jatuh pada hari ulangtahun ibu tetapi nampaknya tiada rezeki untuk menghadiahkan gelaran juara kepadanya. Insya Allah, saya akan berusaha lebih baik untuk lebih menyinar pada masa depan,” katanya dalam nada sebak.

Konsert Mentor 7 itu juga turut menyaksikan Zaaim sekali lagi dinobatkan sebagai peserta persembahan terbaik dua minggu berturut-turut.

Konsert Mentor yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3, jam 9 malam setiap Ahad.

Untuk makluman, pemarkahan diadili oleh juri profesional Datuk Wah Idris dan Mas Idayu sebanyak 50%, manakala undian atas talian pula 30% dan juri awam 20%.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Iya Saya Dan Fuad Masih LDR” – Farah Lee Perjelas Sebab Tinggal Berasingan Dengan Suami

Haa kenapa tu? Kita doakan Farah bahagia bersama suami & anak

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tak Sangka Pengacara TV3 Ini Kini Hangat Bercinta

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3 ini

Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Featured Tue, 21 Feb 2023

“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Belajar daripada pengalaman lepas, jangan ulangi silap yang sama – Mawar Karim

Agama Mon, 24 Jun 2024

Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Pihak Jais pun belum beri sebarang kenyataan.

Hiburan Tue, 19 Nov 2024

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Syifa juga akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

error: Content is protected !!