Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 15, 2018 @ 4:00pm

Kahwin Tahun Depan, Apa Komen Mira Filzah?

Pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah memaklumkan hubungannya dengan pelakon Zizan Razak masih berlangsung seperti biasa meskipun berdepan dengan jadual padat.

Mira ketika ditemui di Karnival Anggun Life memaklumkan buat masa ini perancangan berkahwin pada tahun 2019 masih belum ada.

“ Kami masih baik seperti biasa. Saya mahu fokus dengan karier dulu. Jika ada benda baik menyusul kemudian, saya akan beritahu.

“ Soal jodoh ketentuan Allah SWT, saya pun tak boleh nak ramal masa depan. Saya masih selesa berkawan dengan Zizan sebab dia memang mudah bergaul dan kelakar,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, pelakon filem Sangkar ini menafikan fizikalnya yang sedikit kurus berhubung kait dengan masalah peribadi.

“ Kesibukan kerja mungkin membuatkan saya susut sedikit,” ulasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Mira bersama pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak berjudul Pujaan Hati Kanda ditayangkan bermula 20 Disember di slot Akasia setiap Isnin-Jumaat jam 7 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] “Datuk Vida Zaman Muda” – Netizen Kata Wajah Iman Troye Mirip DSV

Ramai netizen kata sama.. Tang mana sama tu agaknya eh? 🤔😅

error: Content is protected !!