Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 21, 2018 @ 9:00am

Mahu Ubah Selera, Shiha Zikir Pilih Dangdut Berbanding Balada

Penyanyi Shiha Zikir berhasrat menakluki pendengar Indonesia dengan lagu dangdut terbarunya berjudul PipiYama.

Shiha ketika ditemui di majlis pelancaran Todak Fest di Hotel Royal Chulan memberitahu proses rakaman telah selesai dilakukan dan sudah mula dimainkan di radio Indonesia.

“ Memandangkan saya sedang membina nama di negara seberang, saya nekad tampil dengan lagu berirama dangdut dalam usaha menarik pendengar di sana.

“ Umum tahu, genre dangdut lebih diterima di sana selain pop. Saya mencuba sesuatu yang baru walaupun ramai tahu saya lebih dikenali dengan lagu-lagu balada,” katanya kepada xtra.

Tambah penyanyi berusia 31 tahun ini, dia akan tampil dengan kelainan dalam memperkenalkan lagu dangdut ini untuk pasaran Malaysia.

“ Lagu ini mudah diterima oleh pendengar di Malaysia juga. Saya percaya kerana melihat penerimaan lagu-lagu seperti Sakitnya Ku Di Sini, Syantik dan Jaran Goyang mendapat sambutan di sini.

“ Pengenalan lagu ini bakal bermula dengan bantuan pengamal media di Malaysia juga. Nak tahu apa? Kena tunggu ya,” katanya yang berjanji akan berkongsi gimik istimewa ini dalam masa terdekat.

Single Pipiyama merupakan ciptaan konposer Indonesia, Atra Petrana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Jan 2026

Alami Pendarahan Tengkorak & Muka Bengkak, Ezzanie Jasny Tangguh Percutian Ke London

Ezzanie sedih apabila terpaksa menangguhkan percutiannya ke London.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Tue, 16 Jul 2024
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Last Year Kakak Kau Kurang Ajar, This Year Kau Pula” – Didakwa Memekik Terhadap Pekerja? Individu Gesa Permohonan Maaf Dari Betty Rahmad

Seorang pemilik perniagaan kecewa dengan sikap pelakon dan usahawan, Betty Rahmad ketika sama-sama terlibat dalam jualan terbesar Celeb Fest yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

‘Arwah Pandai Ambil Hati’- Isteri Allahyarham A Rahman Hassan Kongsi Kenangan Lima Tahun Bersama

Arwah sangat penyayang dan pandai mengambil hati orang. Saya masih bersedih atas kehilangannya.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Sat, 30 Jul 2022
error: Content is protected !!