Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin January 3, 2019 @ 5:05pm

XX RAY III Tampil Dengan Misi Selamatkan Dunia

Filem bergenre sains fiksyen, XX RAY dan XX RAY ll antara filem arahan pengarah tersohor Aziz M Osman yang mendapat sambutan box office sejak tahun 90-an lagi.

Dan setelah lebih 24 tahun, kini pengarah berkenaan telah kembali muncul dengan XX RAY III, melengkapkan siri filem tersebut sebagai sebuah trilogi.

Menurut Aziz, tercetusnya idea untuk menghasilkan filem XX Ray III adalah bermula pada tahun 2015 oleh desakan peminat genre filem fiksyen sains.

“Desakan peminat filem tempatan yang merasakan filem fiksyen sains ini kurang dihasilkan oleh karyawan filem kita merupakan antara faktor saya menghasilkan XX Ray lll” Katanya.

“Biarpun mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sambungannya, namun saya percaya jenama XX Ray masih lagi menjadi ingatan peminat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, filem XX Ray III ini merangkumi dua peringkat dan mengambil masa selama 40 hari.  Peringkat pertama, ia dilakukan pada tahun 2015 dan peringkat seterusnya dua tahun kemudian di beberapa buah lokasi seperti Melaka, Johor dan Jordan.

Dari segi pemilihan pelakon pula,  Aziz meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pelakon muda untuk menjadi teraju utama dan turut mengekalkan pelakon sebelum ini iaitu dirinya dan Datuk Jalaluddin Hassan yang pernah muncul dalam XX Ray ll.

“Saya tidak terlalu cerewet dalam pemilihan pelakon dan percaya mereka antara pelakon yang digemari penonton. Selain itu, saya melihat setiap barisan pelakon juga telah memberikan yang terbaik untuk menjayakan watak yang diberikan” Tambahnya.

Pada masa yang sama, Aziz turut menegaskan hasil filem XX Ray lll itu akan memberikan nafas baharu dari sudut persembahan jalan cerita dan visual yang tiada pada filem tempatan 

Antara barisan pelakon yang membintangi XX Ray lll seperti Izzue Islam, Nonni Nadirah, Adam John, Dazrin Kamaruddin, Ardell Aryana, Asyraf Muslim, Saiful Apek dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 22 Nov 2023
Filem Tue, 10 Apr 2018

Don’t Forget to Watch the General Election Date Announcement Today!

You can catch it live right here on tonton and xtra!

Filem Mon, 11 Nov 2019

8 Things You Need To Know About The New Biopic Movie Mahathir: The Journey

It will reveal some untold story of our Tun M..

Filem Sat, 1 Dec 2018

Siapa Peminat Ejen Ali? Jom Ke Panggung Tonton Filem Ejen Ali Tahun Depan!

Tak sabarnya! Dengar- dengar akan ada karakter baru dalam filem Ejen Ali itu nanti.

Filem Sat, 14 Sep 2019

四导师倾力献唱!好声音学员齐聚

今年花好月圆时节《中国好声音》四位导师——王力宏、那英、庾澄庆、李荣浩将携手《好声音》的优秀学员们,与全球的华人朋友们一起共度中秋。

Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Filem Tue, 27 Feb 2018

Don’t Miss Out on These 5 Action-Packed Korean Dramas

Fighting isn’t the answer for everything but it can be pretty entertaining to watch people battle it out.

Filem Tue, 10 Dec 2019
Filem Thu, 30 Aug 2018

许亮宇高艺拍贺岁剧《开餐吧!》擦出爱火?

八度空间2019年贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》即将开拍;久未参与电视剧拍摄的许亮宇和高艺首度合作,两人似乎「擦出爱火」让两位“老戏骨”张咏华和林奕廷直呼“你们可以不用理我们!”

error: Content is protected !!