Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops April 5, 2018 @ 1:31pm

Oh, Patutlah Rambut Model Iklan Syampu Nampak Perfect! Guna Trik Ini Rupanya

Bila anda tengok iklan syampu, mesti rasa tak puas hati, kan? Macam mana model iklan itu boleh ada rambut selembut, sehalus, sesempurna itu? Siap berkilat dan beralun cantik lagi. Macam tak logik langsung!

Kalau kita pakai syampu itu pun, belum tentu rambut kita boleh jadi macam itu. Memang takkan punyalah!

Rupa-rupanya, semua itu hanyalah hasil daripada beberapa trick yang digunakan oleh pengiklan bertahun-tahun lamanya. Rambut model itu sebenarnya biasa-biasa saja macam rambut kita. Cis!

Dalam kempen terbarunya, syarikat produk syampu dan sabun badan berjenama Suave telah mendedahkan “alat-alat” yang sering digunakan untuk merakam iklan syampu. Memang anda takkan expect langsung.

1. Teknologi green screen

 

Patutlah model itu boleh melakukan hair flip dengan jayanya! Orang yang memakai bodysuit hijau akan berdiri di depan green screen dan bermain-main dengan rambut model dengan menggunakan batang panjang. Warna hijau itu akan disunting kemudian, jadi apa yang penonton lihat hanyalah rambut yang beralun cantik macam ombak.

2. Bebola polisterin

Foto: Suave

Kadang-kadang para stylist tak boleh bentukkan rambut model seperti mana yang mereka ingini, ataupun rambut model nampak terlalu nipis. Mereka akan mengikat bola-bola polisterin supaya rambut model itu nampak lebih tebal dan sihat.

3. Rambut tipu

Dalam video untuk kempen Suave ini, seorang model dilihat sedang baring dengan rambut panjang disusun cantik dengan berlatarbelakangkan warna hitam. Kemudian dia bangun dan barulah penonton akan nampak yang sebenarnya “rambut panjang” yang beralun dan berkilat tadi hanyalah hair extentions. Rambut dia pendek je sebenarnya!

Ah, selama ini kita tertipu! Sesetengah daripada kita mungkin mati-mati ingat rambut model dalam iklan syampu betul-betul perfect seperti yang diiklankan.

Mungkin lepas ini anda takkan percaya lagi iklan-iklan seperti ini, walaupun memang itu fungsi iklan sebenarnya.
Lepas ini belilah syampu mengikut kebaikan yang dijanjikan, dan bukan iklannya.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Oct 2019
Featured Mon, 12 Nov 2018
Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.

Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri. Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita […]

Oh Lawa Sat, 25 Aug 2018
Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Featured Tue, 11 Jun 2019
error: Content is protected !!