Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 8, 2019 @ 3:04pm

Terbang ke Palu, Fara Fauzana Ajak Zara Zya, Shila Amzah Dan Jihan Muse Sertai Bantuan Kemanusiaan

Personaliti popular, Fara Fauzana mengumumkan bakal berangkat ke Palu, Sulawesi Tengah pada 19 Januari sehingga 24 Januari depan bersama empat rakan artis iaitu Zara Zya, Shila Amzah dan Jihan Muse.

Fara ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan misi bantuan kemanusiaan yang diberi nama Dapur Kasih Sulawesi ini turut mendapat kerjasama badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) My Hope Hero.

“ Sebenarnya saya sudah menyuarakan hasrat untuk pergi ke Palu sejak September tahun lalu lagi iaitu selepas kejadian Tsunami melanda kawasan itu. Namun atas kekangan waktu tiga lagi sahabat baik iaitu Zara, Shila dan Jihan yang sibuk dengan jadual masing-masing, maka saya tangguhkan seketika hasrat itu.

“ Alhamdulilah, Allah SWT perkenan doa saya untuk ke sana bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas. Maksud bantuan di sini adalah dari segi memulihkan emosi mereka dengan mengadakan beberapa aktiviti sesuai seperti menghidangkan juadah lazat,” katanya kepada XTRA.

 
 
 
View this post on Instagram

R I S AU T P X C I T E D . Tgh bayangkan apa yg bakal berlaku bermula 19Jan apabila #saffjmzz bergabung utk #misidapurkasehbuatsulawesi bersama @myhopehero . Mohon jgn slide ?? . Kalau korang nak bergabung sama pun boleh via sharing rezeki kalian kpd mereka melalui kami bdk2 penghantar ni . U guys masih boleh menderma tau bank in to MAYBANK 5623 4856 6865 Ref : PALUFASA3 . Nota : sha tgh demam tu, doakan dia cepat sihat utk misi ni yea . #farafauzana #saffjmzz #bilafafaujdsukarelawan #bilafafauajakkawanjoin #bekindMOVE #bekindlivekind #buatbaikhidupbaik #moverelief #pray4sulawesi #misidapurkasehbuatsulawesi #myhopehero #olivebyashsham #goldenfuturefoundation #indonesiamuda #volunteeringtripmalaysia #onsightfoundations #kitchenkemanusiaan #jariahjumaat #funtastiq4

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Akui penyampai program digital D Bilique ini, dia dan rakan-rakan bakal menyediakan hidangan istimewa yang dimasak khas oleh Zara Zya.

” Dalam kumpulan kami, Zara antara yang pakar dalam bab memasak. Jadi kami lantik dia sebagai ketua chef sepanjang berada di sana nanti. Saya pakar dalam bab masak nasi (sambil ketawa).

” Jangkaan awal, saya ramalkan kami perlu menyediakan hidangan untuk 2,000 penduduk di kawasan terjejas. Selain aktiviti memasak dan mendekati penduduk setempat, kami akan cuba menenangkan emosi mereka.

” Perlu faham, ramai di antara mereka yang hilang tempat perlindungan dan ahli keluarga dalam kejadian Tsunami. Menjadi fokus utama kami untuk membuat mereka tersenyum kembali,” katanya.

Terdahulu, Fara pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan termasuklah menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria di wilayah Gaziantep, Turki pada Disember 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Farah Nabila Terpaksa Lupakan Hasrat…

Debaran kian terasa bagi Farah dan Amirul!

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Fresh Orange Ikat Tepi’ Punya Pasal…

Lagi satu, orang jarang beli fresh orange ikat tepi. Selalu teh ais, milo dan lain-lain. Kru siap tanya saya, ada ke orang pernah buat?

Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 […]

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Ciri-ciri Gadis Idaman Aiman Tino

Mungkinkah anda mempunyai ciri-ciri gadis idaman Aiman Tino

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
error: Content is protected !!