Events By: Salma Syahbuddin January 9, 2019 @ 1:13pm

8TV Sambut Ulangtahun Dengan Aktiviti Amal Kempen CNY So Happy!

Bersempena dengan kempen Tahun Baharu Cina edisi 2019 iaitu “CNY So Happy” yang sedang giat berlangsung, 8TV mengambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sambil menyambut ulang tahunnya yang ke-15 dengan menghimpunkan barisan selebriti popular di rumah kebajikan terpilih.

Aktiviti amal ini berlangsung di En Yuan Old Folk Home dan Yayasan Sunbeams Home pada 8 Januari 2019. Aktiviti penuh bermakna ini dihadiri oleh selebriti-selebriti yang sering menjadi wajah kepada 8TV seperti Emily Chan, Orange Tan, Henley Hii, Haoren, Pauline Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Gary Yap, Chrystina Ng, Lynn Lim, Ley Teng, Jan Chin, Wind Lee, Desmond Tey, Baki Zainal, Joey Leong, Ziah Zhang, Happy Gan, dan  Wee Ping untuk menceriakan suasana serta beramah mesra dengan para penghuni.

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata, penonton setia 8TV sentiasa memberikan sokongan dan berjanji bahawa akan menghidangkan  program yang terbaik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penonton 8TV yang tidak pernah henti memberi sokongan kepada kami sehingga kini. Sokongan anda semua akan kami jadikan dorongan untuk sentiasa memastikan bahawa setiap kandungan yang disiarkan di 8TV adalah yang paling bagus dan berkualiti. 

Selain itu, kami juga berharap untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan lagi para penonton dengan 8TV pada masa akan datang.”

 “Bertepatan dengan tema Tahun Baharu Cina bagi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad kali ini iaitu CNY So Happy yang berkongsi erti keikhlasan dan memberi daripada hati, kami mahu orang ramai lebih rasa disayangi dan dihargai menjelang perayaan yang bakal tiba Februari nanti. Keikhlasan amat penting, mahal atau murah sesuatu pemberian itu, ianya bukanlah ukuran. Paling utama, kita perlu sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.” ujar Encik Johan lagi.

Dengan tema “memberi”, kempen CNY So Happy ingin menyampaikan mesej agar orang ramai sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas. Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.

Bahang Tahun Baharu Cina semakin dirasai, rancakkan lagi perbualan mengenai CNY So Happy di laman sosial media anda dengan #cnysohappy! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappy dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram 8TV iaitu @8TVchinese.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Hiburan Mon, 25 Sep 2023