Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 16, 2019 @ 2:32pm

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Kumpulan Estranged kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Milikku’. Lagu ini mengangkat kisah perasaan cinta dan kasih sayang hasil nukilan kesemua anggota manakala lirik dihasilkan oleh vokalis kumpulan tersebut, Rich.

Menariknya, muzik video lagu ini diinspirasi selepas sering berjauhan dari keluarga sewaktu menjalani rangka jelajah Misi Elektrik Borneo selama beberapa bulan.

“ Dalam keadaan dunia yang mana ramai tertekan dan murung, penting untuk kita kembalikan perasaan cinta sesama manusia termasuklah keluarga, sahabat handai dan masyarakat.

“ Kami percaya kuasa cinta boleh menyelesaikan pelbagai masalah,” kata mereka dalam satu kenyataan media.

Tambah Rich selaku vokalis, penjualan cd akan dibuat secara fizikal menerusi Jelajah Misi Eletrik Borneo 2019.

” Pengumpulan wang untuk bantuan hydro elektrik di kawasan kampung di Borneo akan diteruskan. Wawasan kami adalah untuk menyalurkan eletrik sekurang-kurangnya ke 20- 40 buah kampung yang mana bergantung kepada penjualan cd melalui Facebook dan Instagram.

” Kami akan bekerjasama dengan rakan seperjuangan dari syarikat guaman Thomas Philip yang juga telah membantu dua buah kampung di Sabah dan akan meneruskan projek di kampung seterusnya di daerah Ranau, Sabah,” katanya.

Lagu ‘Milikku’ tidak boleh didapati di semua platform iTunes dan Spotify dan ia hanya akan dicetak di dalam bentuk cakera padat (CD).

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jul 2021

PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Tamat, Boleh Rentas Negeri Dalam Fasa 3 & 4

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan di 34 buah mukim di Selangor hari ini. Menerusi ciapan Twitter hari ini memaklumkan pihak MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD yang bermula 3 Julai lalu. […]

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Asrilia Intai Peluang Di Malaysia, Impi Kolaborasi Bersama Siti Nurhaliza

Penyanyi baharu dari Indonesia, Asrilia menyimpan impian besar.

Hiburan Mon, 14 Oct 2024

[VIDEO] “Isteri Hanya Mahu Kasih Sayang, Kejujuran.. Jangan Sampai Dia Hilang Kepercayaan, Buruk Dik” – Jalaluddin Hassan

“Kepada suami di luar sana janganlah ambil mudah tentang perasaan isteri’ – Datuk Jalaluddin Hassan

OMG Mon, 16 Jul 2018

Saksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat Ke-14 Hari Ini

Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-14

Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Terbang ke Palu, Fara Fauzana Ajak Zara Zya, Shila Amzah Dan Jihan Muse Sertai Bantuan Kemanusiaan

Akui penyampai program digital D Bilique ini, dia dan rakan-rakan bakal menyediakan hidangan istimewa yang dimasak khas oleh Zara Zya.

error: Content is protected !!