Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 26, 2019 @ 9:40am

Fazura Disaman, Gagal Promosi Produk?

Penyanyi lagu Can’t Forget Me, Fazura telah disaman akibat gagal mempromosikan produk kecantikan keluaran Maydan Trading. Pemilik syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Narhamdan Abdul Malek memfailkan saman kepada penyanyi itu bagi menuntut semula wang sebanyak RM 156,000 daripada pihak Fazura dan Universal Music Sdn Bhd.

Prosiding perbicaraan kes telah dijalankan dihadapan Hakim, Datuk  Mohd Firuz Jaffril di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Manakala, Maydan Trading diwakili oleh Peguam Dzaki Ezwan Baharin dan Surita Sunkey dan Fazura serta pihak Universal Music Sdn Bhd diwakili oleh peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, Wilson Lim dan Joel Prashant.

Menurut Narhamdan, bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan 75 peratus tugas yang dijanjikan oleh Pelakon dan penyanyi itu sepanjang tempoh promosi produk Q Tab pada 2017.

Narhamdan juga telah menandatangani perjanjian dan membuat bayaran awal sebanyak RM 100,000 ketika perjumpaan mereka yang berlangsung di The Curve bersama-sama dengan Fazura, Iman Tang dan dua anak perempuan pemilik syarikat produk kecantikan titu.

Tambahnya lagi, dalam perjanjian tersebut Fazura didakwa memasarkan atau mengendors produk untuk balasan bayaran sebanyak RM212,000 serta dibayar dalam tempoh 6 bulan. Dan, sidang media telah diadakan pada akhir Ogos 2017 untuk mempromosikan rangkaian produk Maydan Trading dan Q Tab dengan sokongan Fazura. RM56,000 juga turut dibayar untuk sesi penggambaran video dan fotografi.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, antara perkidmatan yang seharusnya dibuat oleh Fazura termasuklah, memasarkan produk secara luas termasuklah platform media sosial beliau dengan jumlah posting sebanyak 12. Membuat lima penampilan awam, penampilan tunggal pada sidang media dan sesi pengambilan gambar dan video untuk kegunaan plaintif dalam memasarkan produk.

Dan, sehinggalah pada akhir September tahun yang sama, plaintif mendakwa Fazura telah melancarkan dan memasarkan produk Trudolly TruBeauty. Dimana, Plantif mendakwa mengalami kerugian akibat berlaku perlanggaran dalam pemasaran kedua-dua produk.

Sementara itu, Fazura menafikan dirinya ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintifdan memberitahu Mahkamah, Iman Tang bukanlah ejen atau wakilnya sebaliknya hanyalah pengurus beliau sahaja. Dan sebarang keputusan berkaitankerjaya seni beliau hanyalah ditentukan oleh diri sendiri. 

Bagaimanapun, Fazura menegaskan enggan membuat sebarang komen lanjut berkenaan isu ini dan menyerahkan segala-galanya kepada peguam beliau.

Apapun buat peminat Faz, sokongan buat penyanyi kesayangan mereka ini amat penting dan jangan mulakan apa-apa spekulasi okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Malu la ek individu tu konon nak spil the tea sekali dah fitnah orang hmm

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

[VIDEO] Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Majlis ‘Gender Reveal’ Raih Tumpuan

Noh Salleh & isteri kongsi berita gembira bakal timang anak perempuan

Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

‘Saya Tahu Ayah Layak’- Anak Allahyarham Pitt Hanif Buat Penonton Sebak

ernyata jangkaan kami tidak salah. Sebagai anak, sudah tentu saya amat bangga sekali dengan kemenangan ini. Ini untuk ayah…

Featured Tue, 9 Sep 2025
Events Tue, 14 May 2019
error: Content is protected !!