Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 3, 2019 @ 2:07pm

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Penyanyi Izzue Islam menjelaskan penubuhan kumpulan The Novic Gypsy bukanlah alasan sebenar dia meninggakan Forteen

Nekad keluar dari Forteen sejak November tahun lalu, Izzue yang ditemui baru-baru ini menafikan khabar angin berkenaan.

“ Ada kritikan mengatakan alasan sebenar saya keluar Forteen kerana mahu menubuhkan kumpulan The Novic Gypsy. Percayalah…semua ini tidak dirancang.

“ Saya menubuhkan kumpulan ini bukan disebabkan saya tidak lagi bersama Forteen. Awalnya, sewaktu proses menghasilkan lagu Kau untuk filem XX Ray 3, saya telah bekerjasama dengan produser lagu Kau.

“ Dari situ timbul idea kenapa tidak kami bersatu jadikan sebuah projek band. Saya tekankan di sini, kumpulan ini hanya berdasarkan projek sahaja. Jika lagu Kau mendapat penerimaan baik, kami akan teruskan projek seterusnya pada masa akan datang,” katanya kepada XTRA.

The Novic Gypsy turut dianggotai oleh Josef Khan dan Adam Amrin.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan memberitahu setakat ini dia menerima respon positif daripada pendengar.

“ Buat masa ini pendengar suka gabungan kami cuma untuk pelan jangka masa panjang, susah saya nak ramalkan. Kalau ada rezeki, kami akan hasilkan projek seterusnya,” akhirinya.

Izzue membuat kejutan selepas mengumumkan pengundurannya daripada Forteen pada 18 November lalu.

Selepas Izzue mengundur diri, Forteen kini dianggotai oleh One, Ariz Lufias dan Ameerais

Izzue sebelum ini memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Nov 2024

Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tunku Azizah berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir pada majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diadakan pada 16 November lalu.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Sebulan Di Penjara, Isteri, Anak Mula Rindu Ahmad Dhani

Semoga Mulan Jameela terus kuat mengharungi cabaran yang sedang dilalui ini…

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Nassim Haroon…

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

error: Content is protected !!