Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 11, 2019 @ 5:16pm

Giliran Shuk Bawa Pulang RM10K Dalam BBB2019!

Kalau minggu lepas, Achey menyandang gelarang juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10k, namun, pada minggu kedua ini, tuah itu nampaknya berpihak kepada Shuk dan artis jemputannya,Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala.

Membawa tema suami dan isteri serta penggunaan sosial media dalam kehidupan, Shuk dan Lala berjaya mencuri perhatian juri tetap Saiful Apek dan Mark Adam.

Menurut Apek selaku juri tetap pada BBB 2019 kali ini, persembahan Shuk sangat penuh dengan pengisisan dan persembahan lakonan dan nyanyian juga begitu lancar. Selain itu, link lawak yang dipersembahkan pada malam tadi sebelum memulakan nyanyian juga sangat bagus.

Manakala, bagi Mark Adam, pilihan artis jemputan juga memainkan peranan dalam membantu seseorang pelawak itu menjiwai watak dan lakonan diatas pentas. Dan pemilihan Wan Sharmila pada malam tadi adalah sangat tepat.

Terdahulu, Shuk dan Lala turut menyanyikan lagu Dinda dan Ddu Du Ddu Du nyanyian BlackPink.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Persembahan @shuk_hotfm banyak pengisiannya malam ini. terbaik! ini persembahan terakhir malam ini! #BBB2019

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 19 Jun 2026

Tak Beri ‘Green Light’ Sertai Program Realiti Nyanyian, Mua Bellaz Enggan Anak Bekerja Di Usia Muda

Kata Mua Bellaz dia mahu anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa sebarang tekanan.

Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak […]

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Apa Kesudahan Cinta Nur dan Ustaz Adam?

Drama 19 episod ini berjaya mencatat sembilan juta penonton sekaligus membuktikan masyarakat hari ini ‘dahagakan’ drama berkualiti seperti Nur. Tahniah buat seluruh keluarga produksi Nur!

error: Content is protected !!