Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 15, 2019 @ 4:32pm

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Penyanyi Indonesia, Yura Yunita mengaku tidak sabar untuk membuat persembahan di konsert Siti Nurhaliza On Tour yang bakal berlangsung esok.

Kata wanita kelahiran Bandung yang ditemui di majlis sidang media di Alila Bangsar hari ini, beliau bagaikan bermimpi dapat membuat persembahan pembukaan di konsert idolanya sejak dahulu lagi.

“ Sejak sebelum bergelar artis saya amat kagum dengan karya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malah personalitinya yang sederhana biarpun namanya cukup gah turut memikat hati saya.

“ Apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di konsert beliau, sudah tentu saya amat gembira. Dalam masa sama, saya dapat mengenali pendengar lagu-lagu saya di sini,” kata Yura ceria.

Yura yang tampil dengan album kedua berjudul ‘Merakit’ pada tahun lalu memberitahu ini merupakan kunjungan keduanya ke Malaysia.

“ Saya pernah ke sini pada tahun 2014 ketika mempromosikan album pertama Cinta & Rahsia yang memperkenalkan nama saya di Indonesia dan juga di negara ini.

“ Menerusi lagu itu juga, saya sering menerima kiriman direct message oleh pengikut dari Malaysia di Instagram. Saya senang sekali dapat menghasilkan karya yang menapati selera pendengar di sini,” katanya.

Tambah Yura, beliau akan menyanyikan dua lagu hits di konsert Siti Nurhaliza On Tour iaitu Cinta & Rahsia dan Buka Hati.

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Kisah Viral Mon, 5 Sep 2022

“Jadi Lelaki Pun Dah Tak Selamat” – Lelaki Gila S*ks Kantoi Rakam Orang Tengah Ber*k

Jadi lelaki pun tak terlepas dari serangan seksual kan.. Hati-hatilah bila guna tandas awam tu..

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Girls’ Generation’s Hyoyeon to Make Solo Debut with New Name

Girls’ Generation’s Hyoyeon will be making her first ever solo debut under a completely new stage name.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina. Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas […]

error: Content is protected !!