Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 23, 2019 @ 1:55pm

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Sempena musim cuti sekolah bulan ini, ayuh bawa anak-anak anda ke acara terbesar Ejen Ali Misi: MATA Academy bermula 20 Mac ini di Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Cheras.

Acara yang bakal berlangsung selama 14 hari berturut ini bakal menyaksikan Ejen Ali ‘turun padang’ menemui peminat karakter kartun popular ini.

Menariknya, pengunjung MATA Academy akan disajikan paparan awal dari filem Ejen Ali The Movie yang dijangka ditayangkan pada Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid memaklumkan pihaknya meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM 20 juta untuk filem Ejen Ali The Movie.

“ Dengan respon diterima sebelum ini, saya yakin Ejen Ali mungkin mencipta kejutan dari segi kutipan. Insya Allah filem ini bakal ditayangkan di 120 buah panggung seluruh negara.

“ Setakat ini proses pembikinan filem sudah 50 peratus siap dan pihak kami yakin ia dapat diselesaikan sebelum September ini. Dengan bantuan lebih 80 kakitangan, kami percaya ia dapat direalisasikan,” katanya ketika ditemui di sidang media Ejen Ali Misi: MATA Academy.

Tambah Usamah, cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik.

“ Dua musim lalu Ejen Ali telah meneroka serangan terhadap agensi risikan MATA, filem ini bakal menguji Ejen Ali untuk bangkit menentang ancaman baharu yang ingin membawa kemusnahan kepada bandar Cyberjaya,” katanya.

Tayangan teaser rasmi Ejen Ali The Movie bakal ditayangkan di laman Youtube Ejen Ali pada 30 Mac 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Kang Daniel Slayed the Charts! And the Hearts of the Ladies!

Produce 101 Season 2 and Wanna One gem is finally making his long anticipated debut with “What Are You Up To”

Events Mon, 19 Aug 2019
Featured Thu, 24 Jul 2025

Siti Nurhaliza Dedah Beli ‘Head Piece’ Di TikTok – “Murah Sangat, Saya Suka!”

Siti Nurhaliza spill the tea, beli headpiece di TikTok.

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui DSV Ibu Yang Luar Biasa, Cik B Luah Bapa Tidak Pernah Endah Buat Netizen Sebak – “ Sekurangnya Awak Ada…”

Kesian kat Cik B tapi apa pun Cik B sangat bertuah ada ibu yang sangat ‘cool’

Featured Wed, 15 Mar 2023
Selebriti Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!