Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 24, 2019 @ 1:33am

Kecewa Dituduh Perosak Rumah Tangga, Nina Iskandar Beri Amaran!

Pelakon Nina Iskandar kecewa dengan dakwaan terhadapnya yang dituduh menjadi punca keruntuhan rumah tangga penolong pengarah, Lah Lebah.

Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini memberikan tempoh tujuh hari kepada pihak yang memfitnah dirinya untuk tampil memohon maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman.

“ Tuduhan itu sama sekali tidak berasas sekaligus memberi kesan negatif kepada kerjaya dan nama baik keluarga di Brunei.

“ Permohonan maaf perlu dilakukan secara terbuka dalam tempoh seminggu jika tidak tindakan seterusnya akan diambil,” katanya di sidang media tergempar, petang semalam.

Tegas pelakon berusia 27 tahun itu, hubungannya dengan penolong pengarah berkenaan hanyalah atas dasar profesional dan tidak lebih dari itu.

Menurut peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak, mereka sudah menghantar surat tuntutan maaf secara terbuka. Notis terbabit dihantar pada dua tarikh, iaitu 15 dan 21 Mac, kepada pihak berbeza.

“Kami memberikan tempoh sehingga 27 Mac ini sebelum memfailkan saman terhadap pihak terbabit. Saya turut menyarankan anak guam tidak memberikan kenyataan lanjut berhubung hal ini,” kata Irwan. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Feb 2023
Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

‘Who Wore It Better?’ Jadi Topik Hangat Di Twitter

Menerusi laman Instastory milik Fazura, pelakon jelita ini menulis ‘Mine Pleaseee?!!!’ pada gambar yang memaparkan model sedang berjalan dengan rekaan baju bermanik mewah itu.

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Suara Fattah Amin Bukan Tenggelam, Dia Nak Harmony Je” – Amira Othman

Fattah sendiri memilih untuk tidak menyanyikan melodi utama

error: Content is protected !!