Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 13, 2018 @ 12:26pm

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Membawa watak Diana Dahlan dalam Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, penampilan Jihan yang menyarungkan kebaya merah kelihatan sama seperti karakter Datin Seri Umie Aida.

Umie yang turut menjadi tetamu undangan untuk program MeleTOP juga tidak dapat menahan gelak melihat aksi lucu Jihan.

“Tak penah mengecewakan. Jihan ratu parodi nombor satu di Malaysia,” tulis seorang pengguna bernama Fiezami.

“Jihan is back… Hahahaha, lawak dowh,” tulis Muhammad Rafee.

“Hahahaha kelakar weh Jihan ni… Yeay, Jihan kembali,” tulis Norazila Supian.

Ditayangkan bermula 5 April lalu, filem Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari tayangan.

Selain Umie, filem Dukun arahan Dain Said ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahan filem Dukun, jangan lupa saksikan keseluruhan filem tersebut di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti! 

Video: YouTube MeleTOP

Sumber : Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Apr 2026
Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang sedang menanti kelahiran anak sulung bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Perkara terbabit didedahkan oleh pasangan sejoli ini menerusi sidang media virtual dengan pihak media malam tadi. […]

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

Hiburan Sun, 21 Dec 2025
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
error: Content is protected !!