Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 12:00pm

‘Baru Episod Pertama, Saya Sudah Buat ‘Sangkak’’- Pengarah Nur 2 Mohon Maaf

Pengarah drama Nur 2 Shahrulezah Mohameddin mengakui sediki kesilapan di episod pertama drama yang ditayangkan semalam.

Katanya, berlaku sedikit kesilapan dalam bacaan Al-Quran pada awal episod satu.

“ Baru episod pertama, saya sudah buat ‘sangkak’,” tulisnya di Instagram.

Perkara itu dibangkitkan pengguna Twitter, Afifi Hassan yang menegur kesilapan dalam babak itu.

Menurutnya, terdapat beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99.

“Yang khilaf daripada saya. Dengan rasa rendah diri, saya memohon ampun dan maaf atas kecuaian ini.

“Apa pun, saya sudah mengarahkan pihak produksi untuk merakam semula bacaan ayat al-Quran itu dengan betul dan digantikan semula untuk tayangan di tonton.com.my dan iflix,” katanya.

Tambahnya, selaku pengarah dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Apa-apa hal saya ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai pengarah perlu memikul tanggungjawab ini. Ayat al-Quran bukan sesuatu yang boleh dibuat silap. Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Sudahlah amalan saya tak banyak mana,” katanya.

Nur 2 membariskan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani dan menampilkan Azar Azmi sebagai Juita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Kenapa Anak Semua Lelaki? Linda Rafar Terima Soalan Tak Masuk Akal!

Dalam posting berkenaan, Linda meluahkan rasa syukur atas pemberian Allah yang mengurniakannya lima anak lelaki di mana salah seorang daripadanya berada di Jannah.

Hiburan Sun, 22 Sep 2024
Hiburan Sun, 11 May 2025

Dari Buku Bestseller Ke Layar Perak, Pak Nasrullah Teruja Dr Muhaya Setuju Muncul Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita

Pak Nasrullah banyak terinspirasi dengan kata-kata positif pakar motivasi tersohor, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
error: Content is protected !!