Hiburan By: SGMS Faida April 10, 2019 @ 5:40pm

Anugerah DFKL 2019 Ditonton 5.2 Juta Penonton

Setelah sebulan menjelajah di sekitar Lembah Klang untuk mencari bakat-bakat dan idea-idea baharu dalam Siri Jelajah DFKL, DFKL 2019 kini bersedia untuk melabuhkan tirainya malam ini di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung di TV3 dan saluran Youtube TV3 Malaysia pada pukul 9 hingga 11 malam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “DFKL 2019 akan melabuhkan tirainya dengan jayanya kerana penglibatan orang ramai dalam menjayakan festival ini amat membrrangsangkan. Kami cukup berbangga dengan penglibatan mereka sehingga hari ini, kerana ini membuktikan bahawa masyarakat kita amat mengambil berat tentang industri drama tempatan.

Mereka mengambil bahagian dalam pengundian calon-calon kategori malam anugerah ini, mereka juga telah menghadiri Siri Jelajah DFKL untuk mencuba nasib menjadi pelapis pelakon tanah air dan juga berkongsi idea. Malam ini pula, mereka hadir memeriahkan Malam Anugerah DFKL 2019 sehingga ‘Full House’! Oleh itu, kami berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan yang diberi ikhlas dan positif daripada pihak artis, pihak produksi dan peminat-peminat. Dengan adanya rezeki di masa hadapan, DFKL akan kembali lagi.”

Malam Anugerah DFKL 2019 dihoskan oleh Awal Ashaari ditemani oleh barisan penyampai anugerah seperti Amyra Rosli, Remy Ishak, Izzue Islam, Fatin Afifah, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya, Naim Daniel, Edika Yusuf, dan Che Ta.

Mereka akan sampaikan trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti berikut, Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Pasangan Pilihan, Antagonis Pilihan, Lagu Pilihan, Drama Pendek Pilihan, Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan, Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, dan Drama Pilihan. Pemenang bagi setiap kategori ini telah dipilih melalui undian atas talian di laman sesawang www.dfkl.com.my yang telah dibuka pada 1 Februari hingga 25 Mac lalu.

Bagi memeriahkan malam anugerah ini, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan-persembahan artis hebat seperti Sarah Suhairi dengan lagu Nyawa & Raga, Zaim & Pasha dengan persembahan medley ‘3 OST Drama’, Hafiz Suip dengan lagunya Kisah Cinta Kita, De Fam membuat persembahan lagu Solo, dan Anuar Zain dengan lagunya Sedetik Lebih, dan Hazama & Penglipur Lara serta persembahan sketsa selingan mencuit hati oleh Mark Adam, Achey, Ain Edruce dan Ropie.

Selain itu, penggemar fesyen selebriti tempatan pasti menantikan siaran langsung acara karpet merah DFKL 2019 selama satu jam yang dihoskan oleh Ain Edruce dan Shuk Sahar. Barisan selebriti tempatan memperagakan busana ‘Pastel Glamour’.

Malam Anugerah DFKL ini tidak akan menjadi tanpa sokongan padu daripada penaja bersama, Realme dan Rakan Media Harian Metro serta Rakan Media Digital tonton, xtra, dan Oh Bulan! Saksikan Malam Anugerah DFKL 2019 yang bersiaran langsung pada pukul 9 malam Ahad, 7 April 2019 di TV3 dan juga secara strim langsung di Youtube TV3. Layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut tentang DFKL 2019. Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019. Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Aug 2023
Featured Tue, 14 Jun 2022
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

Yelah kan nama pun nak sama dah tu yang netizen confius tu…

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

梁志强首与台湾演员合作!年初一「强攻」贺岁档

梁志强首与台湾演员合作,打造一部融合刺激动作及梁式幽默的动作喜剧;年初一「强攻」贺岁档,齐齐「杀」出好票房!

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌