Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 25, 2019 @ 7:28pm

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Selebriti Indonesia Nikita Mirzani membatalkan hasrat untuk melahirkan anak ketiganya di Singapura.

Artis yang sering dikaitkan dengan kontroversi ini mengambil keputusan untuk melahirkan di Jakarta, Indonesia.

“ Rancangannya mahu beranak di Singapura tetapi Kak Fitri (sahabat Nikita) memberitahu peralatan sudah canggih di salah sebuah hospital di Jakarta,” kata Nikita kepada Kompas.com.

Nikita yang juga telah meletakkan deposit di salah sebuah hospital di Singapura terpaksa akur dengan sedikit kerugian.

“ Tak apalah, kalau di Singapura agak jauh daripada orang-orang tersayang. Saya terpaksa batalkan niat itu,” katanya.

Nikita juga enggan berkongsi tarikh melahirkan anak namun memberitahu bakal melahirkan secara pembedahan.

“ Apa yang boleh saya katakan, tinggal dua hari sahaja lagi saya akan masuk hospital,” ujar Nikita yang bakal bergelar ibu tunggal.

Perkahwinan ketiga Nikita terkandas di tengah jalan selepas mengumumkan penceraian dengan Dipo Latief pada awal Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Mon, 6 May 2024

“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Featured Wed, 12 Apr 2023
error: Content is protected !!