Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 5, 2019 @ 12:42pm

Anak Tak Pegang Handphone Sendiri, Nabil Tak Kisah Dilabel Kolot!

Pelawak terkenal Nabil Ahmad mengaku ‘mengharamkan’ penggunaan telefon pintar terhadap anak-anaknya di rumah.

Kata Nabil ketika ditemui XTRA, dia tidak kisah sekiranya anak-anaknya dianggap ketinggalan dalam hal berkaitan media sosial.

“ Anak pertama saya pernah memberitahu majoriti rakan sekelas sudah memiliki telefon pintar. Saya dan isteri sepakat tidak memberikan kepadanya kerana usianya yang baru tujuh tahun, tidak sesuai untuk pegang handphone.

“ Umum tahu, kandungan aplikasi yang ada dalam telefon pintar kebanyakan tidak ditapis. Saya sendiri pernah ternampak sebuah video yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak lalu di timeline Instagram.

“ Saya tak kisah orang kata anak saya ketinggalan dalam bab ini. Tak perlu nak kejar hal yang berlaku di Instagram atau Facebook, pelajaran lebih penting,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Baju Raya Jakel di Jakel Mall, semalam.

Tambah Nabil yang sekali lagi dipilih sebagai duta jenama Jakel setelah 5 tahun berturut-turut, dia dan isteri memperuntukkan tempoh terhad kepada anak-anak untuk menonton Youtube khusus buat kanak-kanak.

“ Kalau nak tengok di laptop, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun sekejap sahaja. Hari Isnin-Jumaat, mereka perlu fokus dengan pelajaran.

“ Saya juga tetapkan mereka harus masuk tidur pada jam 9 malam kerana mereka harus bangun jam 6 pagi untuk bersiap ke sekolah.

“ Alhamdulillah, dengan cara ini mereka lebih berdisiplin dan mudah bangun pagi,” akhirinya.

Untuk rekod, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang zuriat perempuan, Naira Mikayla, 7,  Layla Medyna, 4 dan Mishall Imani yang baharu lahir pada 24 April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Sep 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022

Tasha Shilla Selamat Bersalin Bayi Kedua, Pilih Nama Nyla Kaadira

Wah tahniah Tasha dan suami! Dah sepasang dah 😍

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Vicha Takut Dengan Lelaki?

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik, Vicha…

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Events Fri, 22 Nov 2019

Tidak Tersenarai Dalam Anugerah Grammy, Peminat BTS Bengang?

Tak tersenarai bukan bermakna tidak bagus betul tak?

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

North Korean Ran Away from Country Because of Lee Min Ho

That’s one interesting reason to runaway from the country.

error: Content is protected !!