Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal April 17, 2019 @ 2:12pm

Shaheizy Sam Dapat Anak Kedua, Tahniah!

KUALA LUMPUR:  Pelakon,  Shaheizy  Sam  menimang  cahaya  mata  kedua  apabila  isterinya,  Syatilla  Melvin  selamat  melahirkan  bayi perempuan,  jam 9.15  pagi  tadi.

Katanya,  keluarga  kecilnya  kini  sudah  bertambah  dengan  kehadiran  bayi  yang  dilahirkan  di  sebuah  pusat  perubatan,  di  sini.

“Kini,  kami  tidak  lagi  bertiga.  Alhamdulillah.  Terima  kasih  kepada  semua  yang  mendoakan,”  katanya  ringkas  dalam  satu perkongsian  menerusi  Instagram.

Bintang  Polis  Evo  itu  berkata,  kehadiran  puterinya  itu  lebih  bermakna  kerana  ia  menjadi  hadiah  buat  ibunya,  Kathy  Fauziah  yang meraikan  ulang  tahun  kelahiran,  hari  ini.

“Mommy  dapat  hadiah  hari  jadi  yang  tidak  dijual.  Mommy  dan  ‘baby  girl’  berkongsi  tarikh  hari  jadi  yang  sama.  Selepas  ini,  kena beli  dua  hadiah.  ‘Masak’ aku,”  usik  Sam  dalam  satu  entri  lain.

Sementara itu,  Syatilla  tidak  ketinggalan  berkongsi  rasa  syukur  di  atas  kelahiran  anak  kedua  mereka.

“Alhamdulillah,  bayi  perempuan  kami  sudah  lahir.  Sihat  gebu  anak  perempuan  saya.  Tadi,  sempat  buat  tutorial  mekap  dalam  bilik pembedahan.  Terima  kasih  suami  kerana  sentiasa  di  sisi,”  katanya  dalam  satu  perkongsian.

Pasangan  yang  mendirikan  rumah  tangga  pada  8  Februari  2016  itu  sebelum  ini,  dikurniakan  anak  lelaki,  Syeriv  Samheizy  yang  kini berusia  dua  tahun. 

-Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Hiburan Wed, 11 May 2022
Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Featured Thu, 25 May 2023
error: Content is protected !!