Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 12, 2019 @ 11:50am

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Penyanyi Alif Satar mengaku jumlah subscriber di laman Youtubenya meningkat 20,000 sejak muzik video ‘Sesungguhnya 2019’ dimuatnaik di saluran Youtubenya, baru-baru ini.

Kata Alif ketika ditemui di bazar ramadan Kg Bharu Kashless semalam memberitahu dia terkejut melihat jumlah peningkatan yang mendadak itu.

“ Bayangkan dalam satu malam sahaja, jumlah subscribers bertukar ke angka 100,000 daripada 80,000 sehari sebelumnya.

“ Tak sangka kolaborasi saya bersama kumpulan Raihan menarik minat ramai pendengar malah muzik video itu turut trending apabila menerima 500,000 tontonan sehingga semalam,” kata Alif teruja.

Netizen nyata terpegun mendengar vokal Alif Satar bersama ahli kumpulan Raihan yang terdiri dari Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

Penyanyi berusia 29 tahun ini menganggap kerjasamanya bersama Raihan ibarat sebuah mimpi menjadi kenyataan.

“ Saya sering menyanyikan lagu ini sejak 22 tahun lalu. Tidak sangka pertemuan bersama kumpulan lagenda ini di salah sebuah program nyanyian beberapa bulan menemukan kami di studio pula.

“ Proses rakaman Sesungguhnya 2019 juga berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja. Sungguh mudah bekerja dengan abang-abang daripada kumpulan Raihan,” katanya tidak menolak mahu bekerjasama lagi dengan Raihan di masa akan datang.

Muzik video Sesungguhnya 2019 kini boleh ditonton di saluran Youtube dan boleh didengar di seluruh platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

Trending Hari Ini Thu, 30 Jul 2020

Khairy Bincang Tentang Vaksin COVID-19 Dengan Menteri China

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya dari China Wang Zhigang hari ini mengadakan sidang video yang antara lain membincangkan mengenai vaksin COVID-19. MOSTI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan fokus […]

Hiburan Fri, 1 Nov 2024

“Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak

Nak uruskan anak-anak yang meningkat remaja memang susah, semoga berbahagia Ina dan pasangan ❤️💍

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Featured Tue, 3 Jan 2023

Ibu Syamsul Yusof Bertegas Tidak Akan Memaafkan Peruntuh Rumah Tangga

Hati ibu mana yang sanggup lihat rumah tangga anaknya musnah 😢 Semoga dipermudah segala urusan mereka… ❤️

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!