Trending By: Attiqah Mohd May 16, 2019 @ 1:29pm

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Bila tibanya bulan Ramadhan, apa yang paling istimewa sudah tentu amalan-amalan sunat seperti solat sunat Terawih, Tadarus Al-Quran, Qiamullail dan sebagainya. Bulan mulia ini la peluang untuk kita mengejar melakukan ibadah sunat kerana pahalanya juga berganda-ganda.

Bila mengerjakan solat sunat Terawih, benda pertama yang kita akan hayati tentunya bacaan surah daripada imam. Kadang-kadang boleh bikin sayu hati kan dengar bacaan suci Al Quran. Terbaru, seorang bakal doktor tular di media sosial apabila videonya menjadi imam di masjid  Cyberjaya mendapat perhatian netizen. 

Sejak Tingkatan 1 Sudah Menjadi Imam Terawih

Berkongsi kepada xtra, pemuda yang dikenali dengan nama Syazwan Basil, 24 tahun kini merupakan seorang penuntut perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), beliau mengakui mula menjadi imam seawal usia 13 tahun ketika belajar di Maahad Tahfiz Sains Kelantan. Terbaik la!

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Solat Tarawih di Masjid Raja Hj Fisabilillah, Cyberjaya Malam 1 Ramadhan 1440H / 2019M

  A post shared by Syazwan Basil (@syazwanbasil) on

 sumber: Syazwan Basil Instagram

Tugas Sebagai Imam Tidak Menjadi Kekangan Belajar Medik
 “Saya menjadi imam secara part time ketika hujung minggu sahaja, jadi waktu belajar setiap hari di Universiti tidak terganggu”, ujar anak muda yang kini sedang sibuk menjalani latihan praktikal di Hospital Putrajaya. Syazwan juga pernah mendapat anugerah Al Hafiz Termuda Pulau Pinang 2010. Life goal sangat kan?
 

sumber: Syazwan Basil Instagram

Baru 24 Tahun Dah Hafal 30 Juzuk Al Quran, Ini Rahsianya

“Sebelum menghafaz Quran, pastikan niat itu hafal kerana Allah dan faham serta amalkan apa yang terkandung dlm Quran. Quran ini bukanlah bebanan utk dijadikan sebagai amalan, tetapi inilah antara bekalan yg boleh kita bawa untuk menuju ke akhirat kelak. Quran bukan untuk golongan ustaz sahaja yang membaca, tetapi diturunkan untuk sekalian manusia sebagai panduan kehidupan.”

Selain menjadi Imam Terawih di Cyberjaya, Syazwan juga menjadi imam di sekitar Lembah Klang malah turut menerima jemputan dari Kedah dan Pulau Pinang.

Hebatnya! anak muda seperti ini la patut dijadikan inspirasi untuk semua. Apa yang penting, dalam kita mengejar urusan dunia, urusan akhirat juga tak dilupakan. Salam Ramadhan Kareem dari kami team Xtra!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya. Menurut Adam Shahz, dia tidak […]

Trending Wed, 16 Dec 2020
Sponsored Tue, 15 Aug 2023

Kenapa HONOR 90 Patut Jadi Pilihan Para Content Creator? Ini Sebabnya.

Bila bercerita tentang TikTok, semua mesti tahulah. Sekarang TikTok dah berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia. Oleh itu, ramai mula mencari telefon pintar dengan kualiti kamera hadapan […]

Trending Thu, 26 Jul 2018

英国艺术家「用色铅笔」绘制宫崎骏动画人物

日本动画之神宫崎骏的作品风靡全球,亲切的画风、丰富的想像力让他的动画几乎每一部都堪称经典,全球的网友们也常常以他的动画人物为创作主题……

Featured Wed, 14 Dec 2022