Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd May 23, 2019 @ 7:11pm

“Baginda Sanggup Langgar Protokol Istana Ketika Perkahwinan Saya”- Raja Zarith Sofia

Kehilangan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mangkat pada usia 88 tahun menyebabkan seluruh rakyat negeri pahang berdukacita. Kehilangannya bukan sahaja dirasai oleh seluruh rakyat jelata, tetapi juga turut diratapi oleh kaum kerabat terdekat. 

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook The Royal Johor berkongsi kisah mengenai sikap merendah diri sepupunya iaitu Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Menerusi penulisannya, Raja Zarith Sofia menggambarkan bahawa sepupunya itu seorang yang sangat merendah diri, permaisuri Johor itu turut  mengimbau kembali kenangan sewaktu perkahwinannya yang pada ketika itu Almarhum Sultan Ahmad Shah menjawat jawatan tertinggi sebagai Yang Dipertuan Agong.

“Almarhum Sultan sanggup melanggar protokol walaupun pada ketika itu baginda merupakan Yang Dipertuan Agong, jika diikutkan protokol seharusnya baginda sebagai Yang Dipertuan Agong merupakan orang pertama memulakan upacara itu tetapi baginda membiarkan ayahnda saya memulakan upacara merenjis pada majlis persandingan saya”.

” Protokol boleh diketepikan, namun keluarga dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan”tambahnya.

Permaisuri Johor itu turut berkongsi sifat penyayang Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika anakndanya, Almarhum Tunku Jalil menghidapi kanser, “Almarhum Sultan merupakan antara orang yang terawal melawat anaknda saya di hospital, Baginda sentiasa bertanyakan khabar Almarhum Tunku Jalil walaupun tidak begitu mengenalinya”.

Kami di Xtra mengucapkan takziah buat seluruh kaum kerabat diraja negeri Pahang, semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah tenang di sana. Al-Fatihah. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Apr 2019

Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Tanda dunia akhir zaman, masjid dijadikan kelab!

Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Featured Fri, 1 Nov 2024

Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak, Hanya Gaduh Manja Dengan Kamal Adli

Kita doakan yang baik-baik. Mungkin peminat terlebih ambik berat ni❤️✌️

Hiburan Mon, 22 Jul 2024
Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
error: Content is protected !!