Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 30, 2019 @ 6:03pm

Meriahkan Raya Korang Dengan Seleksi Lagu Raya Baharu Dari Artis Rocketfuel Entertainment!

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini dan kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba, syarikat pengurusan artis Rocketfuel Entertainment telah melancarkan album Hari Raya terbaru terbitan mereka yang berjudul ‘Sempurna Seadanya’.

Di majlis pelancaran ini juga, pihak Rocketfuel dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengambil kesempatan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama sekumpulan anak-anak yatim daripada Rumah Perlindungan Nurhati; sebuah pertubuhan NGO yang membantu nasib anak-anak yatim dan ibu tunggal disekitar Kuala Lumpur.

Seramai 35 warga Rumah Perlindungan Nurhati telah dijemput untuk berbuka puasa serta berpeluang meluangkan masa bersama artis-artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment selain berkongsi juadah bersama rakan-rakan media dan juga rakan-rakan perniagaan lain.

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid, selain lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian Syamel bersama Ernie Zakri dan juga lagu ‘Bersyukur Seadanya’ oleh Hael Husaini.

Turut diselitkan bersama adalah dua buah lagu berunsur ketuhanan iaitu ‘Berserah’ nyanyian Zizan Razak dan Ismail Izzani serta ‘Maafkanlah’ oleh Syamel. Lagu ‘Seru Hari Lebaran’ dan ‘Sempurna Seadanya’ merupakan hasil gubahan komposer veteran S Atan dan lirik oleh Siso.

Kedua-dua lagu ini berunsur tradisional namun masih mempunyai rentak moden. Manakala lagu ‘Bersyukur Seadanya’ pula adalah hasil garapan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong dan ‘Berserah’ pula dicipta Alif For Magic Potions dan lirik dari Ariz For Talegas Production.

Yang pasti kesemua lagu-lagu ini dijangka dapat membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri di kalangan pendengar Malaysia. Walau bagaimanapun, sejajar dengan era digital masa kini, album tersebut tidak dijual dalam bentuk fizikal tetapi boleh dibeli dan dimuat turun dalam bentuk digital sahaja. Ini bermakna ia juga boleh didengari lewat platform pengstriman popular selain dibeli secara dalam talian di aplikasi itunes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Apr 2019
Hiburan Thu, 18 Jul 2019

陈泽耀首演新加坡网剧!回归校园演学生直嚷:回春十年

陈泽耀首演新加坡网剧《看见看不见的你》,与陈楚寰上演清新人鬼恋。回归校园演学生直嚷:「回春十年!」

Trending Mon, 15 Jun 2020
Filem Tue, 26 Jul 2022

Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics. Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan […]

Featured Wed, 15 Oct 2025

“Berhenti Serang Adik Saya & Move On” – Shila Amzah

Kata Shila, sebagai seorang kakak, dia mahu orang ramai di luar sana berhenti berkelakuan jahat dan ‘move on’ dengan isu-isu kontroversi melibatkan Syada.

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!