Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd June 2, 2019 @ 3:44pm

5 Video Iklan Raya Ni Confirm Buat Korang Tak Sabar Nak Balik Beraya Kat Kampung!

Hanya beberapa hari sahaja tinggal untuk kita semua menyambut bulan Syawal, macam yang korang tahu bila tibanya hari raya muncul la pelbagai video iklan raya yang confirm buat korang tak sabar-sabar nak balik raya kat kampung. 

Jom kita layan senarai 5 video iklan raya paling best tahun ni!

1. Hero Setulus Ikhlas- TV3 Dan Samsung Raya 2019

    

 TV3 dan Samsung membawakan kepada korang iklan raya yang confirm buat air mata korang meleleh. Berkisarkan mengenai pengorbanan dan kudrat seorang atuk yang menjaga cucunya. Yang paling best, ada penampilan istimewa dari duta setulus ikhlas. Kalau korang nak tahu siapa korang wajib tengok iklan raya ni!

2. Rendang SoRaya- Petronas Raya 2o19

Kalau korang layan iklan raya Petronas tahun-tahun sebelumnya memang temanya agak meruntun jiwa. Untuk tahun ni Petronas kembali dengan iklan raya bertajuk Rendang Soraya. Kisah mengenai Soraya yang berusaha untuk menyediakan resipi rendang tradisi arwah ibunya, adakah Soraya akan berjaya? Apa pula reaksi ayah Soraya dengan masakan rendang Soraya? Jangan lupa saksikan Rendang Soraya tau!

3. Meja Bulat Mak-Iklan Raya Suria 2019 

Suria FM tahun ini membawakan iklan raya 2019 yang confirm buat air mata korang jatuh. Apa yang paling best untuk tahun ni, deejay-deejay Suria FM menjadi pelakon utama dalam iklan raya ini. Meja Bulat Mak’ mengisahkan tentang sebuah keluarga 7 beradik yang jarang berpeluang untuk pulang beraya ke kampung atas kesibukan kehidupan di kota raya . Apakah yang bakal berlaku? Adakah Meja bulat mak menjadi ‘punca’ perpecahan keluarga ini..? Yang penting ada penampilan istimewa dari bonda, Fauziah Nawawi. 

4. Tumpang-PLUS Raya Aidilfitri 2019

Video raya dari PLUS ni mula-mula je korang nak gelak tapi endingnya confirm buat air mata berjurai. Mengisahkan Amir yang ingin pulang beraya tetapi tertinggal bas, Amir akhirnya meminta pertolongan Pak Man, pelbagai insiden berlaku sepanjang perjalanan mereka. Korang wajib tengok sampai habis!

5. Konvoi Epik Fantastik- TNB Raya 2019

Video raya dari TNB ni memang lain daripada yang lain. Memang mencuit hati tapi sarat dengan pengajaran. Mengisahkan keluarga besar Tok Wan yang suka berkonvoi ketika hari raya. Perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai insiden mencuit hati dan menarik. Yang paling kelakar, satu family pakai walkie talkie! Korang wajib layan iklan ni, mesti buat korang tak sabar-sabar nak balik beraya kat kampung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025
Selebriti Thu, 23 May 2024
Featured Tue, 4 Oct 2022

Kongsi Momen Awal Penghijrahan, Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Individu Yang Sedang Berhijrah

Nora Ariffin titip pesanan buat individu yang sedang berhijrah

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Tue, 29 Nov 2022

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Min setuju dengan cara Yasmin Hani tu. Kalau lawan dengan ‘keras’ juga, tak settle masalah 🤭🥵

Featured Thu, 5 Jan 2023
error: Content is protected !!