Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal May 25, 2019 @ 1:39pm

Golongan Cacat Pendengaran Dapat Mengalami Takbir Dengan Applikasi Dari Maxis

Maxis Bhd telah mencipta aplikasi mudah alih bersempena dengan Hari Raya tahun ini, membolehkan golongan cacat pendengaran untuk mengalami ‘’takbir” menerusi visual dan getaran buat pertama kalinya.

“Takbir merupakan bahagian penting dalam menyambut Raya bagi umat Islam di seluruh dunia, Malangnya, golongan pekak akan berasa terpinggir apabila menyertai takbir raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk mencipta aplikasi itu, Maxis bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk lebih memahami cabaran dialami golongan pekak, serta merundingi imam Masjid Ara Damansara, Ustaz Mohammad Khairul Mohd Lias.

Aplikasi Deria Takbir itu, yang menggunakan ciri akses prasedia ada dalam iPhone seperti enjin haptik, menukar gelombang bunyi masa nyata kepada pola visual simatik dan maklum balas haptik, membolehkan pengguna merasai ritma dan melodi takbir, kata Maxis.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Featured Thu, 16 Sep 2021

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Bila dengar balik lagu-lagu ni, goosebump lah min!

Hiburan Wed, 27 May 2026

Kuala Lumpur Sasar Jadi Destinasi Konsert Utama Asia Menerusi KL Headline Season 2026

Kuala Lumpur kini semakin mencuri perhatian sebagai antara destinasi utama dalam rangkaian jelajah muzik langsung Asia apabila semakin banyak artis antarabangsa memilih ibu kota Malaysia sebagai lokasi konsert berskala besar mereka.

Featured Wed, 15 Jan 2025

Kongsi Foto Bekas Tunang, Sufian Suhaimi Siap Tinggal Kapsyen ‘Sweet’ – “Masya-Allah Sayangku”

penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya.

error: Content is protected !!