Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas June 14, 2019 @ 2:46pm

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Penyanyi kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey dilaporkan mengalami patah empat tulang rusuk akibat nahas motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR 2), semalam.

Joey memberitahu melalui perkongsian di laman Facebooknya, berkata nahas itu berlaku di hadapan stesen minyak Shell.

“Aku baru kemalangan, depan Shell MRR2. Motor patah depan. Kini aku dalam kesakitan,” kongsinya.

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

“X- ray tunjuk empat batang tulang rusuk aku patah. Sama macam arwah Saleem. Sakit ya amat, bila batuk, bersin, menguap atau ketawa,” tulisnya lagi.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, Joey sudah pun mendapatkan rawatan awal di Hospital Ampang.

Dalam pada itu, dalam status Facebook terkini yang baru dimuat naik, Joey memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan orang ramai yang mahu menziarahinya.

“Harap maaf, ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaan tak selesa. Bagilah aku sedikit ruang. Tidur pun tak cukup ni akibat menahan sakit,” katanya lagi.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Dec 2025

“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

Pengawal peribadi kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, meluahkan rasa prihatin dan ambil beratnya terhadap Fatima.

Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: Trauma Dengan Insiden Hitam, Marygrace Terkenang Momen Bapa M*ti Dibun*h Depan Mata Sendiri

Perkongsian Marygrace mengenai insiden hitam melibatkan bapanya yang mati dibunuh rakan sendiri menyentuh hati penonton.

Hiburan Wed, 11 Dec 2024

Keena Mentor Dedah ‘Diganggu’ Sejak Setahun Lalu – “Muntah D*rah, Ulat Sampah Keluar Dari Badan Semasa Mandi”

Keena Mentor berdepan ujian berat, termasuk insiden muntah darah yang mengejutkan.

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Linda Rafar Punya Alasan Kukuh Kenapa Tak Nak Tunjuk Suami

Jadi kepada netizen diluar sana, kita doa yang baik-baik sahaja okay

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
error: Content is protected !!