Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 23, 2019 @ 12:18pm

‘Di Saat Aliff Jatuh, Perlukah Kita Bersorak Gembira?’- Bella Astilah Simpati Nasib Bekas Suami

Di sebalik kecaman bertalu-talu diterima oleh Aliff Aziz, bekas isterinya, Bella Astilah tampil menegur sikap sesetengah sikap netizen.

Bella yang baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia berasa sedih dengan apa yang menimpa Aliff selepas penceraian mereka.

“ Apa yang terjadi sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi dan dia memberitahu dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dikenali. Wallahualam.

“ Apa yang saya ingin tekankan di sini, Aliff kini dalam fasa ‘hilang’ dan jatuh. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan?,” ujar Bella kecewa.

Bella juga berharap agar netizen tidak terus menghentam Aliff yang kini dalam fasa kejatuhan kerana ia bakal mengundang depresi yang tidak boleh dibuat main.

“ Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum Aliff. Dia boleh hubungi Ayden bila-bila masa dia mahu.

“ Aliff seorang yang bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Kepada sesiapa yang berkawan dengan Alif sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya,” katanya.

Bella juga menjelaskan tatu yang tertera nama Bella di dada bekas suaminya itu diperbuat daripada Inai yang dilakar sejak tahun 2016 lagi. 

Tambah Bella, dia berdoa agar Aliff terus kuat meneruskan kehidupan dan kembali sihat seperti biasa. Doa yang baik-baik! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

SINGLE KEDUA DSV LAGI VASSS?

Walaupun album pertamanya mendapat pujian dan kecaman daripada netizen namun, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memeriahkan industri hiburan tanah air.

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Baru 18 Tahun, Netizen Dedah Harga Makeup & Skincare Puteri Balqis Cecah RM8,000

Individu dedah barang skincare Puteri Balqis cecah RM8,000

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Tak sabar nak tengok muka baby nanti!

error: Content is protected !!