Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 1, 2019 @ 4:07pm

‘Alhamdulillah…Beliau Makin Pulih’- Razali Hussain Kongsi Kondisi Pengarah Terkenal

Pelakon Razali Hussain berkongsi situasi menimpa pengarah Murali Abdullah yang mengalami ‘mild stroke’ sejak tujuh bulan lalu.

Menerusi status di Facebook miliknya, Razali berkata keadaan pengarah itu ‘kurang memuaskan’.

“Menziarah rakan yang merupakan seorang sutradara terkenal Murali Abdullah yang keadaan kondisinya kini kurang memuaskan.

“Mengalami ‘mild strok’ hampir 7 bulan dan berjalan menggunakan bantuan tongkat untuk bergerak.

“Alhamdulillah, setelah menjalani urutan secara tradisionall, kini beliau semakin pulih. In sha Allah dalam 2 bulan lagi akan bergiat aktif kembali,” tulis Razali.

Pelakon itu turut berkata, Murali ada menyuarakan hasrat untuk menabur budi dan pengalaman yang dimiliki dengan mengajar anak seni yang ingin mendalami ilmu asas seni lakon dan pengarahan.

Oleh itu, dia mengajak sesiapa yang berminat mahu mendapatkan khidmat pengarah itu untuk terus menghubunginya.

“Juga kepada Persatuan-Persatuan seni di Malaysia yang mengenali beliau dan belum mengetahui akan kondisinya, bolehlah membuat lawatan ziarah. Beliau kini tinggal di No7-2 -20, Elaise Condominium di Bukit Jelutong,” tulisnya lagi.

Pengarah drama Putera Rayyan itu disahkan mengidap strok sejak tahun 2011.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Nov 2025

Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

Zara Zya tidak ambil hati dengan gurauan peminat, namun mengakui situasi itu memberi sedikit tekanan

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Sufian Suhaimi Minta Netizen Move On!

Jadi netizen tolong move on okay!

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

朱浩仁《Rain On Me》1229举办粉丝见面会

带着全新专辑《Rain On Me》回归乐坛的朱浩仁,将于12月29日(星期六)下午2时,在蕉赖Leisure Mall底层大厅举办粉丝见面会!

error: Content is protected !!