Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd July 3, 2019 @ 5:45pm

“Kau Nak Tengok Ke Tak?”- Kisah Seram Youtuber Femes Jumpa Pocong, Hantu Hotel Dan Bunian

Kalau cerita je pasal pengalaman mistik dan makhluk ghaib memang semua orang pernah mengalami peristiwa menyeramkan ni dalam hidup. 

Ada sesetengah orang yang ‘hijabnya” terbuka dan diberi kelebihan untuk melihat sendiri penampakan makhluk ghaib dengan mata kasar. Kalau korang baca thread di Twitter memang banyak je kisah pelbagai pengalaman seram yang pernah dialami netizen. 

Terbaru, seorang youtuber femes dikenali dengan nama Aisha Mohd memuat naik video di Youtube mengenai pengalaman mistik yang pernah dilaluinya sendiri. 

Diganggu Lembaga Hitam Dan Pocong

Tak dinafikan dalam banyak-banyak kisah seram, kisah seram dekat kolej asrama memang legend kan. Menurut wanita ini, sewaktu di kolej dia pernah digganggu oleh lembaga hitam dan pocong di asramanya. Eii scarynya. Kejadiann itu berlaku ketika dia sedang tidur.

Lebih menakutkan bila dikatakan pocong tersebut siap ‘landing’ tidur atas dia. Sumpah takut!

Menurut wanita ini, dia  didatangi oleh seorang perempuan berpakaian hitam dengan nada suara menggerikan “kau nak tengok ke tak? kau nak tengok ke tak?” sebelum lembaga tersebut menunjukkan mukanya berupa pocong berwarna hitam ke arahnya. Seramnya, guys!

Sosok Lembaga Hitam Di Bilik Hotel Berhantu

Selain daripada cerita hantu kat asrama, kisah mistik dekat hotel pun memang antara salah satu kisah legend. Menurut Youtuber ini sewaktu dia dan suaminya bercuti di sebuah hotel di negeri Perlis, mereka telah diganggu oleh sosok lembaga hitam di bilik hotel.

Lokasi hotel tu dirahsiakan tetapi kalau korang tengok video kat bawah ni korang boleh agak kot hotel mana dekat negeri Perlis kan?

                               

sumber: Aisha Mohd Youtube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Nov 2025

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”

Sharnaaz Ahmad berkongsi momen penuh emosi apabila dia kembali mengenang pemergian arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad Nazir Ahmad

Featured Fri, 23 May 2025

“Tanggungjawab Dah Terpikul Di Bahu Saya”- Jadi Bapa Muda, Imran Aqil Lebih Hargai Isteri

Imran berkongsi jadi ‘bapa muda’ pada masa kini agak sukar.

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Trending Tue, 16 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Ingat, jangan sesekali memandang rendah diatas kesusahan orang lain kerana, kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita hadapi kelak

Trending Mon, 11 Dec 2017

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

error: Content is protected !!