Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal June 23, 2019 @ 1:38pm

“Masuk ICU, Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman (ANEC)”

Seorang pengguna Facebook, Siti Hajjar Hassan mengimbau kembali memori bersama anaknya, Nur Ain Aqilah, 3,  yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada Ramadhan tahun lalu.

Subuh pada 5 Ramadhan 1439H kakak terjaga dari tidur dengan muka ketakutan terus peluk umi katanya ada orang dekat pintu masuk rumah. Umi pulak blur dan kata tak ada siapa pun. Dalam keadaan dirinya ketakutan setengah jam kemudian kakak terus demam panas mendadak.

Lagipun kakak ni antibodi tak kuat mudah kena demam, batuk dan selesema. Jadi ubat demam memang umi sentiasa sedia di rumah. Bila tak sihat umi cepat-cepat bagi ubat.

Sekitar 8 pagi situasi kakak kembali baik dan tak demam. Perasaan umi terus rasa lega sangat. Dan pagi tu juga kakak minta roti macam atok. (Roti bakar sapukan Nuttella). Pendek kata ni juga kegemaran kakak. Sambil makan sambil juga adiknya Naufal kacau ambil rotinya. Kakak jerit, “Ummi adik acauu kakak nak akan” (Adik kacau kakak nak makan).

Kalau kakak nak tahu, umi ni sangat bahagia tengok telatah anak-anak umi ni.

Hari tersebut berlalu mcm biasa. Kakak aktif dengan aktivitinya malah umi tetap melayan kerenah anak umi seperti biasa. Dalam masa yang sama umi cakap dengan kakak, kejap lagi umi nak masak, nanti jaga adik untuk umi. Dan dengan spontan kakak jawab “Okey Ummi.” Dengan nada yang sangat manja.

Bila kakak cakap dengan nada macam tu, umi rasa sayu dan lemahnya nak bangun. Tapi bila tengok jam masih awal baru pukul 4 pm.. (detik dalam hati umi ) Tak apa lah kak, umi rasa nak mandikan kakak dululah. Petang-petang nanti sejuk pulak.

Lepas sahaja umi cakap macam tu, dengan terujanya kakak buka baju nak mandi. Selesai semua mandi, petang tu kakak demam balik. Masa ni umi dah mula rasa pelik tak keruan. Tengok kakak dah lain macam. Tanya nak susu pun tak nak. Yang jelas, nampak kakak sejuk menggigil.

Bila dah sejuk umi tutup kipas, sapu minyak angin, pakai baju tebal dan keadaan kakak pun baring dan nampak kepenatan. Waktu anak-anak umi baring, umi cepat-cepat siap untuk masak. Bila selesai masak umi duduk dekat kakak tengok keadaan kakak.

Masa ni juga adik Naufal baik sangat-sangat seakan tahu umi lebihkan perhatian pada kakaknya.

Waktu pun berlalu sampai azan buka puasa. Masa umat Islam sibuk berbuka puasa, saat tu juga kakak mula tak sedar dan terus fit (sawan).. Perkara ni pertama kali umi lalui. Umi tak tahu nak buat apa melainkan panggil nama kakak.

Bila dah kakak fit umi ayah bergegas ke Hospital Ampang. Masa di wad kecemasan pun kakak tetap fit dan hilang fit sekejap lepas tu datang balik fitnya smpai jam 9 malam. Masa ni makdak datang teman kakak sekejap sebab ayah nak hantar umi balik sebab kesiankan adik Naufal.

Dah sampai rumah, ayah pula pergi hospital jaga kakak.
Umi kat rumah dengan ditemani oleh adik Naufal. Masa di rumah, hati umi fikir macam-macam pasal kakak.

Umi mesej Ayah tanya pasal kakak. Sampai jam 3 pagi, doktor sahkan kakak kritikal. Masa ni juga lah dunia umi rasa gelap sangat. Jam 5 pagi ayah balik ambil umi dan adik kat rumah pergi hospital. Dan masa ni juga la umi beritahu seluruh ahli keluarga untuk doakan kakak.

Sampai sekarang umi terbayang keadaan kakak kena cucuk sana sini. Bila dah dipindahkan ke Unit Rawatan Kecemasan (ICU), doktor pakar beritahu kuman dah merebak ke otak kakak. Harapan untuk sembuh tipis dan kakak bernafas pon melalui mesin. Malah sekali lagi umi lembik dan tak kuat kenangkan kakak.

Bila jam menunjukkan 1.58 petang, kakak pergi di jemput Ilahi buat selamanya dan doktor sahkan pemergian kakak sebab Acute Necrotizing Encephalopathy (ANEC).

Walaupun dah masuk setahun kakak pergi, Umi tetap rasa syukur sebab dikelilingi insan yang baik-baik dan beri sokongan untuk umi. Nak lagi umi tetap berjuang demi adik Naufal yang kian membesar serta menyerupai sifat kakak. Bila tengok telatah adik Naufal, perasaan rindu umi pasti terubat. Alhamdulillah.

Sebagai info untuk ibu ayah di luar sana bila anak-anak sering deman batuk dan selesema tolong WAJIB ambil PERHATIAN sepenuhnya. Walaupun anak nampak aktif tidak bermakna virus jahat tidak mendampingi anak kita. Sebab itu juga kita sebagai ibu bapa perlu ikhtiar dapatkan extra vaksin untuk anak-anak sebagai perlindungan.

Yang penting mencegah lebih baik dari mengubatinya!

Yang ikhlas, Umi yang sentiasa merindui kamu duhai Anak syurga.

Acute Necrotizing Encephalopathy (ANEC)

ANEC atau encephalopati necrotik akut merupakan penyakit yang menjangkiti saluran pernafasan atau pencernaan kanak-kanak yang menyebabkan demam tinggi disertai sawan. Puncanya masih belum dikenalpasti namun virus seperti Influenza A, mycoplasma, Virus Herpes Simplex dan Human Herpes Virus-6 telah dilaporkan menjadi pendorong serangan ini.

Semoga Siti Hajjar sekeluarga diberi kekuatan dan semoga disatukan semula di akhirat dengan anak syurganya.

Sumber: Siti Hajjar Hassan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 23 Jan 2020

5 Cara Kenal Pasti Tayar Yang Rosak

Ada Tayar Nampak Bunganya Masih Penuh Tapi Sebenarnya Sudah Botak,” 5 Cara Kenal Pasti Tayar Yang Rosak

LIFESTYLE Tue, 7 Aug 2018

Cool! The Golden Bridge Mungkin Tempat Percutian Pilihan Anda Lepas Ni

Tahukah anda bahawa The Golden Bridge yang terletak di pinggiran Da Nang, Vietnam mempunyai panjang 150 meter dan terletak pada paras 1400 meter dari dasar laut

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

Fab Foodies! Wed, 29 May 2019

13,000 Kotak Licin Dijual, Penangan Absolut Chocolat Bukan ‘Beshe-Beshe’

Wow, power betul penangan Kek Absolut Chocolat ni. Korang dah try ke belum?

LIFESTYLE Tue, 9 Apr 2019

Experienced Somatic Coach René Roseburg to Help Enlighten The Sanchaya Guests

The Sanchaya invites guests to find their way in spirit and in life.

LIFESTYLE Wed, 15 Nov 2017

5 Cara Kegunaan Listerine Selain Sebagai Ubat Kumur

cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan untuk diri sendiri

LIFESTYLE Mon, 25 Mar 2019

Escape the Haze in Malaysia at These 6 Locations with Best Air Quality

The haze is unfortunately back, but we can always make it as an excuse to travel.

LIFESTYLE Sat, 3 Nov 2018

半躺沙发玩手机!诱发椎间盘突出

腰是人体最重要的部位之一,支撑身体的平衡,很多活动都需要靠腰部来支撑完成。如果我们的腰椎受到伤害,腰酸、腰痛等腰部问题会随之而来。

Fab Foodies! Fri, 31 Aug 2018

Kehebatan Mengambil Sayur Bunga Kobis

Dikatakan mengandungi serat dan gula semulajadi yang lebih rendah dan mempunyai kehebatan tersendiri

LIFESTYLE Tue, 30 Jan 2018

ZARA IS SELLING THE SARONG FOR RM380!

How far will western fashion labels go to stealing Asian stuff as their own?

error: Content is protected !!