Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal July 13, 2019 @ 12:53pm

Sanggup Menyorok 3 Jam Atas Bumbung Kerana Takut Berkhatan

Bila musim cuti persekolahan bakal tiba, ibu bapa mengambil kesempatan untuk ‘khatan atau sunat’ anak lelaki. Kalau dulu umur 11 atau 12 tahun baru bersunat tidak lagi kini. Kini seawal umur 3 tahun sudah boleh ya. Ini kerana tidak mahu mereka merasa kesakitan yang sering dikongsi.

Sebut tentang sakit kerana berkhatan, sebenarnya mengikut cara moden kesakitan itu dah kurang. Tetapi cara penceritaan pada rakan-rakan yang belum berkhatan seperti sakit sangat. Ini membuatkan ada yang rasa takut, gerun dan sampai mencari jalan untuk melarikan diri dari berkhatan

Perkongsian dari Facebook di Indonesia baru ini apabila seorang kanak-kanak dikatakan telah memanjat bumbung rumah kerana takut untuk berkhatan.

Foto: FB Anuki Sutari

Dari kisah Anik Sutari, doktor yang terlibat untuk mengkhatan berkongsi tentang budak lelaki ini yang sanggup berada di atas bumbung tersebut selama hampir tiga jam.

Ramai yang cuba memujuk tetapi tidak berjaya. Bukan tak cuba memanjat bumbung untuk membawa turun tapi takut nanti dia terkejut dan cuba melarikan diri lagi hingga boleh membahayakan keselamatan.

Lebih dua jam juga seisi pujuk memujuk tidak berjaya, keluarga budak lelaki ini memohon bantuan dari guru yang sangat rapat dan dipercayainya datang untuk membantu

Setibanya guru tersebut di sana, dengan hanya sedikit pujukan, budak lelaki itu bersetuju untuk turun.

“Apa yang mengagumkan, dia masuk sendiri ke rumah dan duduk ditempat berkhatan tanpa dipaksa sesiapa,”kata doktor tersebut.

“Upacara berkhatan diteruskan dan ia berjaya dengan lancar, tanpa pemberontakan dan tanpa tangisan langsung,” tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, “Cuma 10 minit diperlukan untuk berkhatan, tetapi menunggunya, tiga jam.”

“Tapi tak mengapa, apalah sangat tiga jam dengan pengajaran yang saya terima dari seorang yang hebat, gurunya pada hari itu”.

Sumber: FB Anik Sutari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Events Fri, 9 Dec 2022
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Featured Thu, 29 May 2025
Featured Wed, 10 May 2023
Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Trending Wed, 23 Sep 2020

Empat Golongan Yang Layak Menerima Prihatin, Subsidi Upah Dilanjutkan

Jom tengok siapa empat golongan yang layak!

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
error: Content is protected !!