Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 19, 2019 @ 12:16pm

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Aktivis yang cukup sinonim dengan bantuan kemanusia ke negara bergolak,  Heliza Helmi baru-baru ini memuat naik statusnya menerusi akaun instagram miliknya yang bertulis, ‘Delegasi Malaysia Terkandas!’ nyata membuatkan ramai netizen mahupun pengikut beliau tidak putus-putus mendoakan agar segala urusan pasukan bantuan kemanusian ini dipermudahkan.

Pasukan Misi Bantuan kemanusian yang terdiri daripada Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Zulfadhli  Khairuddin, Suami kepada pelakon Yatt Hamzah dan anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telahpun berada di bumi bergolak itu sejak 8 Julai yang lalu. Dan, mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada hari ini. 

Menurut Heliza, perjalanan untuk tembusi Gaza sahaja mengambil masa lebih 16 jam dan mereka perlu menembusi setiap check point tanpa kemudahan seperti tandas ataupun tempat makan dan minum. Dan,betapa besarnya cabaran lagi apabila dalam masa enam belas jam itu beliau langsung tidak pergi ke tandas.

Malah, keadaan cuaca yang panas sehingga mencecah 50 darjah celcius menambahkan lagi kesukaran apabila terpaksa berhimpit dan menunaikan solat di atas lantai yang dipenuhi sampah.

 
 
 
View this post on Instagram

Delegasi Malaysia Terkandas ! _ Tiada jaminan boleh masuk atau keluar di GAZA ini ! Inilah realiti kehidupan bumi di namakan GAZA PALESTINE _ Nak tembusi masuk ke Gaza sahaja perjalanan ambil masa lebih 16 jam ( check point demi chedengan tiada kemudahan tempat makan minum hatta , tandas . Mencabar? Wallahi memang mencabar. 16 jam tak pergi tandas super mencabar Ya Rabb _ Saya kongsikan keadaan di Rafah: Nak masuk Rafah sahaja penuh cabaran, lepas di periksa oleh penguatkuasa, di tempat yang sama kami berada, nanti datang lagi pihak berkuasa periksa dan periksa, dan kami perlu menunggu dan menunggu dan menunggu 1. Keadaan di Rafah panas sepanas panasnya, macam tadi 50 darjah celcius , terkepung dengan ramai orang dengan kawasan yang sempit , tak ada tingkap , tak ada kipas, aircond apatah lagi, solat memang di atas lantai yang berdebu dan penuh sampah . 2. Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, takda makanan , tak ada minuman. Video awal- awal tu, masa kami baru sampaj bekalan makanan masih ada, macam tadi roti semua dah habis, air pun dah habis, bayangkan kalau stranded berhari-hari, memang langsung tak ada makan minum semua . 3. Line internet langsung tak ada . 4. Mereka yang datang ke Rafah, kena beratur panjang- panjang, kadang- kadang kena marah. . 5. Macam tadi ada yang cedera, dengan anak kecil, duduk di atas lantai dengan muka merah berpeluh peluh, menanti penuh harapan dapat keluar, namun menunggu dan terus menunggu dengan kelaparan kehausan, peluh banjir . 6. Suddenly mereka bagitau kami tak boleh keluar hari ini macam tu je . Kami kena stay sahaja di Rafah tidur la beramai-ramai di Rafah tak da makan minum dan udara, kerana ramai dan penuh sesak MasyaAllah . Setelah beberapa jam, Alhamdulillah setelah berbincang kami dapat masuk balik ke Gaza . 7. Kami tak tahu bila kami akan pulang,kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua?? _ Kakja harap kalian terus sama sama bersatu membantu Peduli Ummah ini ya _ Sumbangan ke Maybank ( Dana Mapim ) 562834636620 Atau ke www.tabunggaza.com – @saniarabyalkahery @hazwanihelmi @zulhanisz77 @fitrimusa @zulfadhli_khiruddin #WakeUp4Gaza

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

 
“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap kepada semua” Tulisnya yang nyata mengundang sebak  followers beliau.
 
Terbaru, Heliza telah memuat naik menerusi IG Story beliau dengan mengatakan delegasi Malaysia satu-persatu telah jatuh sakit.
 
                          
 
Apapun, sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara, saudari kita selamat pulang ke tanah air. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

《迪士尼童话》王子公主「幸福地活到老」

迪士尼的王子和公主们结婚后,大家都知道,接下来便是幸福快乐过完一生。但是承诺携手到老的他们,究竟成了什么样子呢?

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Trending Tue, 17 May 2022

Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Awal Ashaari dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khianat.

Events Fri, 11 Feb 2022
Featured Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!