Trending By: SGMS Enal August 1, 2019 @ 12:44pm

Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh …

Seorang pesara wanita kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM123,500 dalam tempoh seminggu, selepas mendakwa diperdayakan oleh seseorang yang mengaku sebagai  ‘pegawai Bank Negara’, sejak April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an mendakwa dihubungi suspek lelaki kononnya ‘pegawai polis’ dari Bukit Aman pada 24 April lalu.

Suspek mendakwa nama mangsa dikaitkan dengan sindiket judi haram dan perlu bercakap dengan ‘wakil’ Bank Negara dikenali sebagai Razak bagi membantu siasatan.

“Razak didakwa telah mengarahkan mangsa untuk memindahkan semua wang simpanannya di tiga bank termasuk simpanan Tabung Haji ke akaun sementara yang dibuka Bank Negara supaya wang itu tidak dirampas dalam siasatan.

“Mangsa yang bimbang akan kehilangan duitnya telah melakukan 24 transaksi pemindahan wang dari 26 April hingga 2 Mei lalu ke empat akaun yang diberikan suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi Razak, namun hanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam, kerana masih berharap akan menerima panggilan daripada Razak.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang guru ,43, mendakwa kerugian RM2,200 selepas menyertai pelaburan tidak wujud yang mencari mangsa di laman sosial, sejak 2 Julai lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa berminat untuk menyertai pakej pelaburan berjumlah RM700, yang dibayar menerusi transaksi perbankan online pada 20 Julai lalu, sebelum diarahkan membuat bayaran tambahan, kononnya sebagai yuran pelaburan.

“Mangsa mendakwa sekali lagi dihubungi wakil syarikat itu semalam, meminta dia memasukkan wang kerana pelaburan itu akan dikenakan yuran antarabangsa kerana melibatkan transaksi kewangan luar negara.

“Bagaimanapun mangsa berasa ditipu selepas mendapati nombor telefonnya disekat oleh wakil syarikat itu selepas tidak menunaikan permintaan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di IPD Lipis dekat sini, semalam.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023
Trending Thu, 21 Mar 2019

Mohd Haziq Mohd Tarmizi Disahkan Meninggal Dunia

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Trending Tue, 30 Jul 2019

17 Maut, Pesawat Tentera Pakistan Terhempas

Pesawat Dilaporkan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Trending Thu, 26 Oct 2023
Featured Tue, 18 Apr 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Netizen Kritik Vokal Sumbang, Hazami Akui Hilang Fokus – “Saya Anggap Tribute Untuk Adibah Noor”

Alahai, sebaknya 🥺 Bukan vokal yang diutamakan, yang penting penyampaian lagu tu sampai pada semua pendengar 🥺