Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 2, 2019 @ 7:33pm

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 2.30petang dimana empat mangsa dan seorang kanak-kanak patah kaki. Empat lagi mangsa dikatakan cedera di pergelangan kaki dan seorang tidak cedera

Lif yang dinaiki oleh 9 penumpang terjatuh dari tingkat lima dan berhenti di separuh tingkat bawah selepas sistem brek berfungsi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Pegawai Bomba Kanan II – Ramli Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dalam 2.26 petang sebelum jentera BBP Pantai dan Seputeh bergegas ke lokasi dan tiba beberapa minit kemudian.

Sewaktu tiba di lokasi , kesemua mangsa yang berusia dari 10 hingga 69 tahun telah dibantu oleh orang awam dan pasukan bomba mengambil alih dari situ. Diasingkan mangsa mengikut tahap kecederaan dengan bantuan  pasukan perubatan yang tiba.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUN) untuk rawatan susulan.

Berkongsi pengalaman dalam insiden tadi Ahmad Shahid Imran , 24
” Ada yang tidak boleh bangun termasuk seorang kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU).  Saya bersyukur tidak mengalami kecederaan serius.”

Rupanya ini bukanlah kejadian pertama berlaku dimana tahun lepas berlaku insiden yang sama dan mengakibatkan seorang cedera.

Siapa yang tak trauma bila pintu lif terbuka dan ingin melangkah keluar dengan tiba-tiba terhempas ke bawah. Pastinya kelam – kabut dan takut menyelubungi diri bukan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Trending Wed, 29 Jul 2020

Ibadah Haji Di Mekah Bermula Hari Ini

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk ke sana..

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Hukuman 10 Tahun & 3 Sebatan Digantung, Da’i Syed Dibebaskan Sementara Selepas 21 Hari Dalam Penjara – “Ada Keadaan Istimewa”

Da’i Syed perlu melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026

Featured Tue, 3 Oct 2023

Yasin Sulaiman Diarah Bela Diri Babitkan Tiga Tuduhan Kes Dadah

Moga urusan pelantun lagu Mimpi Laila ini dipermudahkan💥

error: Content is protected !!