Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 2, 2019 @ 10:00pm

‘Selepas 14 Tahun, Sudah Tiba Masa Untuk Saya…’- Alif Satar Buat Kejutan?

Penyanyi berbakat besar, Alif Satar kini tampil dengan single terbaharu berjudul, I Want You To Love Me.

Selepas lagu Sesungguhnya 2019 bersama Raihan meledak beberapa bulan lalu, Alif sekali lagi bakal mengulangi kejayaan sama menerusi lagu ciptaan Faizal Tahir bersama Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Sementara itu, Alif dalam satu kenyataannya menyifatkan I Want You To Love Me memberinya ruang untuk meneroka sisi kreatif dalam penulisan lagu, lirik serta proses rakaman.

Menurut Aliff, lagu terbaru ini mempunyai ciri-ciri bunyi moden yang diinginkan.

“Secara peribadi, saya berpuas hati dengan penghasilan lagu ini. Susunan muziknya juga serasi dengan cara penyampaian saya dan paling penting, mereka membuatkan saya selesa sepanjang proses rakaman berlangsung.

“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Faizal dan pasukannya kerana mereka sudah mengenali sisi peribadinya serta cara persembahannya di pentas,” katanya.

Tambah Alif, lagu ini juga bakal membawa peminat mengimbau era kegemilangan nuansa muzik 1990-an terutamanya dari sudut susunan muzik.

“Saya membesar bersama muzik yang dipopularkan Justin Timberlake dan Bruno Mars, elemen itu cuba diterapkannya dalam I Want You To Love Me.

“Selepas 14 tahun saya bertapak dalam industri muzik, sudah tiba masa untuk saya memberikan sesuatu yang mencerminkan karakter dan kedewasaan saya. Paling mengujakan, lagu ini turut dilancarkan serentak bersama video muzik,” katanya.


Single I Want You To Love Me kini boleh dilayari di semua platform penstriman seperti Spotify, JOOX , Itunes, KKbox & Deezer.

Untuk rekod, Alif memulakan kerjaya nyanyian pada usia 16 tahun selepas meraih tempat ketiga dalam program realiti One In A Million.

Antara lagu yang meniti di bibir peminat sehingga kini termasuklah Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Selamanya Cinta, Sesungguhnya Aku dan Sebenarnya (duet bersama Siti Nordiana).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

大S承认怀三胎「怀孕7周」41岁高龄担心吃不消

41岁大S在11日认了真的怀了第三胎,目前才7周,自己也相当担心年龄已经过高,身体吃不消。

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Nazim Othman Terkejut, Remaja Hantar Gambar Seksi ?

Remaja hantar gambar seksi, keterlaluan dan menggelikan?

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Bukan Sekadar Karya Hiburan, Filem ‘Hayya 3: Gaza’ Bawa Misi Kemanusiaan

Sebahagian hasil tayangan Hayya 3: Gaza akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin sebagai tanda solidariti dan perjuangan kemanusiaan.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Hiburan Tue, 13 May 2025

Konsert GenKRU Berlangsung Sukses Selama 4 Malam! KRU & Icon Entertainment Cipta Sejarah, Catat 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBR) berjaya dirangkul KRU dan Icon Entertainment.

error: Content is protected !!