Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 3, 2019 @ 2:43pm

Pengusaha Agensi Pelancongan Bengang Selebriti Minta Tajaan Tak Masuk Akal?

Kecoh di laman sosial media apabila seorang pengusaha agensi pelancongan yang dikenali sebagai Afiq ‘mengamuk’ apabila minta ditaja seorang selebriti tanah air.

Menerusi laman Facebook milik usahawan itu, dia meluahkan rasa tidak puas hati namun tidak menamakan nama selebriti berkenaan.

“Pantang betul jenis orang yang nak semua benda free ni. Kau minta aku sponsor semua tapi kenapa minta RM 1000 untuk token,” soalnya.

Afiq turut mempersoalkan ketidakadilan dalam hal ini kerana dilihat bersifat berat sebelah.

“Mana win-win situation. Baik aku bayar RM1000 buat ig/fb ads.

“Miskin sangat ke jadi artis ni sampai semua benda nak minta sponsor,” soalnya lagi.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di laman sosial usahawan itu terkejut dengan kenyataan yang dimuatnaik itu.

Ada juga di antara netizen yang cuba meneka nama selebriti berkenaan. Katanya seorang pelakon yang baru sahaja berkahwin dengan jejaka Inggeris.

Apapun, jangan salah orang pula guys, takut jatuh fitnah pula…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 30 Nov 2022
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Grandma Panggil Dia Budak Turki” – Umur Bayi Cecah 3 Bulan, Anzalna Dedah Tengok Drama Turki Ketika Mengandung

Umum mengetahui, pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Mei lalu. Harini, bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itu sudah mencecah usia 3 bulan. Menerusi hantaran di laman […]

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Trending Sat, 1 Jun 2024

Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Difahamkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Featured Tue, 21 Apr 2026

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Featured Wed, 30 Nov 2022
error: Content is protected !!