Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 9, 2018 @ 6:02am

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Wow! Sedap juga suara pelakon kontroversi kita ni eh? 

Menurut komposer Patrick Anohada yang juga merupakan anggota kumpulan I Am Neeta, lagu Sakit yang dinyanyikan semula oleh Fathia Latiff mendapat feedback yang cukup positif daripada netizen di luar sana. Lagu Sakit versi Fathia Latiff ini sekaligus mendapat lebih 116K tontonan di Youtube sahaja dan nombor 13 trending di Malaysia walaupun lagu tersebut baru sahaja dimuat naik beberapa hari yang lepas.

Lagu cover version sakit, pikat hati netizen

Patrick berkata, arrangement muzik tersebut telah diubah mengikut kesesuaian suara Fathia sendiri. 

“Dia suka sangat lagu itu, jadi saya cadangkan dia nyanyi semula ikut cara dia, saya cuma ubah sedikit melodi sesuai dengan suara dia. Sebenarnya dia memang sudah lama nyanyi di studio ini sejak beberapa tahun lalu tapi hanya sekadar suka-suka sahaja,” katanya.

Fathia mempunyai ton suara yang baik untuk bergelar seorang penyanyi

Patrick juga turut memberitahu, Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu. 

“Saya minta dia nyanyi hari-hari kerana untuk jadi penyanyi kena ada pakej yang lengkap bukan sahaja nyanyia secara rakaman tapi boleh menyanyi secara live juga. Tidak sangka sekarang suara dia semakin baik, cuma dia sendiri belum bersedia untuk jadi penyanyi.” Jelasnya.

Apapun, Tahniah sekali lagi diucapkan buat Fathia Latiff! mungkin ini adalah salah satu cara beliau untuk terus mengorak langkah dalam industri tanah air kan? Good Luck Fathia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Tak Ikut Jejak Seni… Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Lebih Suka Baca Buku & Belajar

Bagusnya anak Kak Ogy! Lagi pula, dunia seni banyak cabaran tau!

Featured Thu, 29 Dec 2022
Hiburan Fri, 18 May 2018

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Makin lama makin terasa kehilangannya , adakah ingin berehat dari karier seni

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Macam Harga Emas 916” – Video Gadis ‘Seludup’ Roti Gardenia Viral Di TikTok

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan? Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai. Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama […]

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

error: Content is protected !!