Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd August 7, 2019 @ 4:10pm

Kali Terakhir Dilihat Hanya Berpakaian Dalam, Di Mana Jejak Nora Anne Quoirin?

Seorang gadis Ireland, dikenali dengan nama Nora Quoirin,15 tahun dipercayai hilang ketika sedang bercuti  bersama keluarganya di sebuah resort The Dusun Pantai, Negeri Sembilan. Remaja tersebut hilang pada 3 Ogos yang lalu. 

Nora Anne Quoirin turut dikatakan mempunyai masalah pembelajaran. Kehilangannya disedari oleh keluarganya keesokan harinya apabila mereka mendapati Nora tiada di biliknya. 

Pihak polis dakwa Nora hilang, bukan diculik

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop  menyangkal dakwaan media antarabangsa yang mengatakan bahawa gadis itu diculik, pihak polis turut mengklarisifikasikan kesnya sebagai kes orang hilang kerana tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kehilangannya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarganya, Nora kali terakhir dilihat berpakaian dalam, bagaimanapun kehilangannya tidak dapat dirakam oleh CCTV. 

 Adik dakwa Nora keluar sendiri melalui tingkap bilik

Berdasarkan keterangan daripada adiknya, Nora dipercayai keluar sendiri dari biliknya melalui tingkap bilik pada pagi hari selepas gagal dijejaki. 

 

Dalam satu kenyataan lain, ahli keluarga Nora turut bertegas mengatakan bahawa gadis itu bukan seperti kebanyakan gadis normal berusia 15 tahun dan mengatakan bahawa Nora tidak pernah keluar ke mana-mana secara sendirian. 

Operasi SAR masih diteruskan di setiap kawasan

Penjejakian Nora masih diteruskan di kawasan sungai dan kampung berdekatan, orang kampung juga diminta memberi bantuan  keterangan mengenai kehilangannya. 

Operasi SAR memasuki hari ketiga dan masih diteruskan, seramai 159 anggota daripada pelbagai agensi dipercayai terlibat dengan operasi ini. Tiada sebarang petunjuk dilaporkan mengenai kehilangannya sehingga ke hari ini. 

Malah, terdapat sumber yang mengaitkan kehilangannya dengan elemen mistik dan misteri.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Mar 2021
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Thu, 21 Jul 2022

Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Fuhhh 🙌🏻✨ Kuat sungguh Puteri Sarah ni 💪🏻Meski rumah tangga dilanda badai tapi tetap kiat menempuhinya 🥹😭 Moga lepasni semua beringat ya sebelum mengeluarkan kata-kata 😌

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Featured Fri, 15 Nov 2024

Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

“Walaupun bukan salah saya, tapi saya malas nak ada sakit kepala orang mengadu pada saya.” – Elfira Loy

error: Content is protected !!