Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2019 @ 1:29pm

‘Tolong Cari Nora…’- Fasha Sandha

Kehilangan remaja dari Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, sejak Ahad lalu di sebuah resort di Pantai, turut menarik perhatian selebriti tanah air, Fasha Sandha.

Fasha memuat naik gambar Nora Anne menerusi akaun Instgramnya dan meminta orang ramai turut serta membantu pihak berkuasa mengesan mangsa.

“Sesiapa yang berada di Seremban dan berjumpa dengan Nora (Anne) mohon hulurkan bantuan.

“Tolong! Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat,” tulisnya beserta gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya, hari ini.

Menurut Fasha, sebagai seorang ibu, dia turut tersentuh hati dengan rayuan ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin, yang meminta supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di sini bersama keluarganya sejak Ahad dan pihak berkuasa sudah pun melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini sudah pun memasuki hari ke-enam.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Jun 2022

“Sayunya Hati Tengok…” – Mira Filzah Beri Kesedaran Tentang Virus RSV

Mira Filzah berpesan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa untuk menjaga kebersihan demi kesihatan bayi.

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

“Sayang Aku Tanya Apa Khabar?” – Zynakal Akui Terkejut Bila Dayang Nurfaizah Setuju Untuk…

Penyanyi rap Zynakal, 23, kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar. Menariknya, lagu terbitan Def Jam Malaysia ciptaan Zyn, Nobita dan Chaan serta lirik oleh Zyn sendiri itu turut menampilkan […]

Featured Mon, 20 Jun 2022
Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Kes Mahkamah Fri, 8 Sep 2023
error: Content is protected !!