Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri August 15, 2019 @ 10:06pm

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Bukan menyindir, sebaliknya mahu memotivasi kepada mereka yang sedih kerana kekurangan diri.

Itu antara sebab komposer Altimet, 41, berkongsi status dimuat naik mengenai kulit wajahnya di akaun instagram miliknya, semalam.

“Saya pernah melaluinya dulu. Bukan saja rasa rendah diri sebab tidak kacak, saya juga seorang pemalu sebelum bergelar anak seni,” kata penyanyi rap itu.

Altimet berharap perkongsian di akaun instagram memberi semangat kepada anak-anak muda yang memiliki kekurangan fizikal.

Katanya, ramai remaja berusia 18 hingga 20 tahun meluahkan sering diejek rakan kerana pendek, gemuk dan wajah hodoh.

“Mereka bercakap tentang kekurangan diri dan bukannya kelebihan yang mereka miliki,” katanya.

Dia mengakui semakin meningkat dewasa mula menyedari hikmah kekurangan dirinya itu.

Kerana meminati bidang muzik dan sering mendengar lagu, dia dapat menjauhkan diri dari masalah dadah dan alkohol ketika zaman remaja.

“Kalau dulu saya seorang yang pemalu tetapi bila berada dalam bidang seni dan menjadi artis, saya berjaya mengatasi perasaan itu dan dapat bergaul dengan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

ARTIS ‘2L’ PULA KONGSI TARIKH SAMA DAPAT ANAK

Artis ‘2 L’ yang dimaksudkan tidak lain ialah bekas vokalis kumpulan Kristal, Mohamed Razlan,32,  yang kini bergelar Lan solo dan  bekas penyampai radio, Rozlindah Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn, 

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

E! News Bongkar Rahsia Disebalik Wardrobe Super Gah Ella Unplugged

Check it out untuk berita hiburan lagi gempak!

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

暌违19年再踏槟城舞台!费玉清经典美声824槟城重现

「小哥」费玉清暌违19年后再度踏上槟城的舞台,让粉丝再有机会一睹小哥的风采!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Tunku Hanis Bengang Dituduh Popular Kerana Guna ‘Kabel’?

Uish, siapa tuduh Tunku Hanis guna ‘kabel’ tu? Tak baik tau!

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Datin Shahida Tutup IG Anak Angkat

Siapa saja yang tak ikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan. Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik […]

error: Content is protected !!