Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 26, 2019 @ 12:52pm

Juliana Evans Rindu Berlakon Tapi…

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans memaklumkan mungkin akan kembali aktif dalam dunia seni selepas anak sulungnya mencecah usia enam bulan.

Kata Juliana ketika ditemui di sidang media portal e-commerce Cantix, dia mengaku rindu untuk beraksi di layar kaca televisyen.

“Kali terakhir saya berlakon pada tahun lalu sekitar Jun. Waktu itu saya belum tahu sedang mengandung.

“Buat masa ini saya masih berehat kerana masih belum habis tempoh berpantang. Saya tidak mungkin tinggalkan dunia lakonan kerana ini merupakan minat saya tetapi keutamaan saya pada masa ini adalah keluarga,” katanya.

Kata pelakon filem Bella & Jamie ini, dia juga lebih selektif dalam menerima tawaran berlakon selepas ini.

“Sejak bergelar ibu, jadual saya tidak lagi seperti dulu. Buat masa ini saya masih menyusu anak dan dibantu oleh seorang bidan.

“Kemungkinan selepas saya mendapat pengasuh baharu, saya akan kembali mengatur jadual seni. Insha Allah,” akhirinya.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

so, nak masuk tahun 2020 ni jangan buat spekulasi lagi okay!

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Kontroversi Ratu Cantik Dari Seluruh Dunia, Jom Semak Siapa Mereka!

Disebabkan terlibat dengan skandal, mereka terpaksa memulangkan tiara sekaligus gelaran ratu turut dilucutkan…

Events Thu, 11 Apr 2019

电影《姐妹》搞绰头「不满电影可退票!」

电影《姐妹》搞绰头!监制阿米尔说“看了电影不满意的可以退票。”

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Dr. Fie dakwa Nubhan tergamak buang barang peribadi miliknya tanpa pengetahuan

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

error: Content is protected !!