Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal September 1, 2019 @ 10:56am

Simptom-Simptom Anemia

Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah yang sihat dalam salur darah menjadi rendah berbanding biasa. Sel darah merah membekalkan oksigen kepada tisu-tisu badan bagi membolehkannya untuk menghasilkan tenaga melalui aktiviti metabolisma.

Dalam keadaan seperti leukemia, anemia berlaku akibat daripada pencerobohan atau pengumpulan sel kanser dalam sumsum tulang sehingga penghasilan sel darah merah menjadi terencat. Antara simptom anemia yang perlu anda perhatikan dalam anak-anak anda adalah:

 Simptom-simptom menyeluruh (Constitutional symptoms)

Simptom-simptom seperti kurang selera makan, susut berat badan dan juga demam yang kronik adalah contoh simptom-simptom menyeluruh yang boleh berlaku dalam seseorang yang sedang menghidap kanser.

Simptom-simptom tersebut berlaku akibat daripada pengaruh kanser terhadap metabolisma badan dan juga kesannya terhadap keradangan dalam badan.

Kurang selera makan juga boleh berpunca daripada kesan pembengkakan atau pembesaran organ-organ dalam abdomen (akibat penyebaran dan pertumbuhan sel kanser ke organ tersebut) yang menekan dinding perut, memberi rasa ‘penuh’

Simptom-simptom berkaitan dengan anemia

  1. Kerap merasa letih dan lesu

  2. Senang tercungap-cungap apabila melakukan aktiviti fizikal sederhana

  3. Jantung berdebar-debar 

  4. Rasa sakit atau pening kepala

  5. Kulit menjadi pucat

3. Mudah untuk lebam dan berdarah

Salah satu komponen penting yang dihasilkan oleh sumsum tulang adalah platelet. Platelet berfungsi untuk menutup luka, menutup kebocoran dalam salur darah dan menghalang pendarahan.

Oleh yang demikian, penghidap leukemia akan mudah mendapat kesan lebam pada badan mereka akibat daripada gangguan keupayaan platelet ini. Mereka juga boleh mengalami pendarahan di gusi dan juga melalui hidung mereka. 

4. Kerap mendapat jangkitan

Tanda ini merupakan satu tanda yang agak ironik untuk penghidap leukemia kerana dalam badan mereka terdapat jumlah sel darah putih yang cukup banyak. Sel darah putih adalah komponen penting dalam sistem imun badan kerana ia memainkan peranan untuk melindungi badan kita daripada jangkitan. Jika anak anda kerap mendapat jangkitan, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem imun mereka. 

5. Sakit sendi dan tulang

Kanak-kanak yang menghidap leukemia boleh mengalami rasa sakit pada bahagian sendi dan juga tulang mereka. Simptom ini terjadi akibat daripada pengumpulan sel-sel kanser di bahagian permukaan tulang atau di dalam sendi itu sendiri.

6. Kelenjar membengkak

Selain sumsum tulang, kelenjar (lymph nodes) juga boleh mengalami pengumpulan sel-sel kanser. Kanak-kanak ataupun ibu bapa mungkin akan perasan kewujudan benjolan atau pembengkakan kelenjar ini di bahagian leher, sekitar tulang selangka (clavicle), celah kangkang dan juga di bahagian ketiak.

Kelenjar di bahagian dada (thymus) dan leher yang membengkak berupaya untuk menghalang peraliran darah dan juga saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan anak-anak anda berdengkur ketika tidur, mempunyai masalah tidur (rasa letih selepas bangun tidur), sukar untuk bernafas dan muka mereka menjadi merah dan membengkak.

 

Sumber : Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab/Hello Doktor

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

LIFESTYLE Sun, 8 Sep 2019

Jika Guna Jeriji Ini Mungkin Dapat Selamatkan Nyawa Dalam Kebakaran

Tak sangka ada jeriji yang boleh selamatkan nyawa terutama masa kebakaran. Jom baca

LIFESTYLE Sat, 25 Nov 2017

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan Walau Gaji Bersih Kurang 40%

LIFESTYLE Tue, 18 Dec 2018

Here are 6 Soon-to-Be Travel Hot Spots for 2019

It’s a mix of adventurous and relaxing getaways.

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

75 Years of IKEA: From a Simple Idea to a Bustling Business Model

For over 75 years, IKEA is driven by the belief that furniture can be affordable without sacrificing principles of quality, design and sustainability. What started as a small post order business has grown into a […]

Events Mon, 18 Nov 2019
Fab Foodies! Mon, 14 Jan 2019

大城小镇散播幸福!茱莉蛋卷暖意送万家

Julie’s 新春巡礼1月份正式开跑!参与「把爱写出来」活动,就有机会赢取价值1000零吉的团圆饭套餐礼券。

LIFESTYLE Fri, 22 Nov 2019

Makan Kicap Parut Luka Jadi Hitam?

Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit. Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan kesan […]

LIFESTYLE Sun, 10 Jun 2018

后背包上神奇的「猪鼻子」超好用 看了你就懂

很多东西天天看,看久了习惯了,再也没想过它原本是干嘛的,比如很多后背包上的「猪鼻子」,它最初其实不只是单纯装饰,而是……

error: Content is protected !!