Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 18, 2019 @ 12:32pm

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Seekor bangkai ikan yu paus seberat lima tan ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor awal hari ini sebelum dibawa sekumpulan nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, di sini.

Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata bangkai yu paus spesies Rhincodon Typus yang ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari sini di bawa ke darat kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.

“Dianggarkan ukuran yu paus ini sepanjang 6.1 meter dan lebar 1.5 meter manakala jantinanya masih belum dikenal pasti.

“Namun Unit Perlindungan Sumber, akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini.

“Kami percaya yu paus ini mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya dan sebelum ini nelayan tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di sini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Faris berkata, yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat.

Katanya, yu paus merupakan antara hidupan marin terancam dan pihaknya menasihati para nelayan sekiranya menemui spesies hidupan laut yang sedemikian untuk segera menghubungi agensi berkaitan.

“Kita berharap agar mereka tidak bertindak melulu sekiranya menjumpai spesies laut luar biasa yang masih bernyawa kerana tindakan sedemikian boleh didakwa di bawah akta berkaitan,” katanya.

Terdahulu, gambar ikan itu tular di laman sosial dan insiden itu menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat haiwan tersebut selain mengambil gambar bangkai haiwan itu.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Trending Sat, 12 Jan 2019

择定开工吉日!也要懂得开工开运秘笈~

当我们确定了开工的吉日后,那么在开工当天又应该要做好什么准备呢?

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Saiful Apek Maklum Yassin Belum Dapat Kembali Ke Tanah Air, Ada Beberapa Dokumentasi Perlu Diselesaikan

Saiful Apek dedah Yassin perlu selesaikan beberapa proses pemindahan dari Arab Saudi ke Tanah Air

Trending Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 3 Oct 2022

Gandingan Mantap Dengan Naim Daniel Dalam Lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ Tonjolkan Tone Vokal Sebenar Dolla

Siapa dah dengar lagu baru Naim Daniel x Dolla? Sesekali dengar lagu Ballad dari Dolla best kann 🤩

Featured Tue, 28 Feb 2023

Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Haa, tak baik tau fitnah. ND Lala bahagia je sambut anniversary ke-35 tahun dengan isteri 🤩🤩

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!