Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal August 5, 2019 @ 2:32pm

Hadith Palsu Kelebihan Berpuasa 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk terus mengumpul pahala sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. Salah satu ‘ladang’ untuk mendapatkan pahala adalah dengan menunaikan puasa sunat. Menjelang 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah, ramai yang mengambil peluang untuk berpuasa kerana dikatakan menawarkan pelbagai kelebihan.

Walaupun begitu, terdapat kekeliruan mengenai kelebihan berpuasa ini kerana dikatakan berasal daripada hadith palsu. Hadith yang dimaksudkan adalah seperti ini.

  • Daripada Ibn Abbas RA berkata, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فِي أَوَّلِ يَوْمٍ مِنْ ذِيْ الْحِجَّةِ غَفَرَ اللهُ فِيْهِ لِآدَمَ وَمَنْ صَامَ هَذَا الْيَوْمِ غَفَرَ اللهُ لَهُ كُلّ ذَنْبٍ

Maksudnya: “Pada hari pertama daripada bulan Zulhijjah, Allah telah mengampunkan Nabi Adam padanya dan barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut, maka Allah akan mengampunkan setiap dosanya.”

Berdasarkan hadith ini, ramai yang mengambil peluang untuk mengerjakan puasa sunat bagi meraih ganjaran pahala dan pelbagai kelebihan yang lain. Ikuti penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hadith ini.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Kita baru sahaja memasuki 1 Zulhijjah dan telah bermula hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi sesiapa yang melakukan amal soleh padanya. Ini merujuk kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ

بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.” [Riwayat Abu Daud (2082)][Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat lagi beberapa hadith yang menceritakan secara khusus berkaitan kelebihan atau ganjaran yang bakal diperolehi bagi orang yang berpuasa pada setiap hari di dalam sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah. Hadith-hadith tersebut adalah:

  • Kelebihan berpuasa 1 Zulhijjah seperti di dalam hadith di atas.
  • Kelebihan berpuasa 2 Zulhijjah seperti orang yang beribadat kepada Allah selama setahun dengan tidak melakukan maksiat kepada-Nya sedikitpun kerana pada hari tersebut Allah telah memperkenankan permintaan Nabi Yusuf AS.
  • Kelebihan berpuasa 3 Zulhijjah bahawa Allah akan memperkenankan setiap doanya kerana pada hari tersebut Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria AS.
  • Kelebihan berpuasa 4 Zulhijjah akan dijauhkan oleh Allah daripada kesempitan, kemiskinan serta akan dihimpunkan di padang mahsyar bersama para malaikat dan padanya juga lahirnya Nabi Isa AS.
  • Kelebihan berpuasa 5 Zulhijjah akan terlepas daripada sifat munafik dan azab kubur serta padanya juga lahirnya Nabi Musa AS.
  • Kelebihan berpuasa 6 Zulhijjah akan dilihat oleh Allah SWT dengan pandangan rahmah serta Allah sama sekali tidak akan mengazabnya. Pada hari tersebut juga Allah telah membuka bagi Nabi Muhammad SAW dengan kebaikan.
  • Kelebihan berpuasa 7 Zulhijjah akan ditutup padanya pintu neraka Jahannam dan barang siapa yang berpuasa padanya akan ditutup kepadanya 30 pintu kesusahan serta dibuka baginya 30 pintu kesenangan.
  • Kelebihan berpuasa 8 Zulhijjah iaitu pada hari Tarwiyah akan diberikan ganjaran kepadanya yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan Allah sahaja.
  • Kelebihan berpuasa 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah akan diampunkan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas.

Melihat kepada hadith-hadith di atas, kami katakan bahawa kesemua fadhilat atau kelebihan yang disebutkan adalah tidak sahih daripada Nabi SAW melainkan kelebihan yang terdapat pada hari Arafah. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan-kelebihan di atas adalah tidak sahih daripada Nabi SAW. Akan tetapi, kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan serta meningkatkan amal soleh dan ketaatan kita kepada Allah SWT pada 10 hari yang pertama ini dengan memperbanyakkan solat-solat sunat, berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, qiyamullail dan sebagainya berdasarkan umum hadith yang menceritakan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kerahmatan, keampunan serta pelepasan daripada api neraka. Amin.

Wallahua’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 4 Jul 2019

IMAGINATRICKS杂技大汇演!让人肾上腺素飙升的演出

IMAGINATRICKS杂技大汇演!一场不但结合了视觉及音乐元素,更是齐聚了世界级最优秀的杂技员、运动员及技术精湛高超的表演者,震撼人心的演出肯定让您看得目瞪口呆。

LIFESTYLE Mon, 4 Mar 2019

These 6 Malaysian Hotels are Forbes Travel Guide 2019 Star Award Winners

These 6 hotels are on par with other international establishments.

LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
LIFESTYLE Tue, 15 Jan 2019

6 Kebaikan Jika Makan Rambutan Untuk Kesihatan

Rambutan Mempunyai Khasiat Penting Untuk Kecantikkan Luaran Dan Dalaman Anda

Fab Foodies! Mon, 29 Jul 2019

泡咖啡千万别犯这些「关键失误」!营养全没还伤身

如果你在泡咖啡的过程,犯了以下「关键失误」,咖啡营养可能就掰掰,甚至还会对身体造成负担!

LIFESTYLE Sun, 10 Feb 2019

Terdedah Kepada Risiko Kanser Usus Jika Duduk Lama Menonton TV

Kajian Terbaru Dakwa Duduk Tonton Televisyen Tempoh Yang Lama Boleh Tingkatkan Risiko Kanser Usus

LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

女孩们别再生气了!除了老得快,还会影响胸部发育

女孩,可以别再生气了吗?如果妳也是爱生气一族,奉劝别再生气了,生气对人体的影响,超乎我们所想像,而且根据研究显示,爱生气竟然会影响胸部发育,所以快点笑一个~

LIFESTYLE Thu, 21 Mar 2019

是念旧还是伤太深?为何总放不下过去的感情

想回头,但感情已经结束;想往前,但心中却有些疙瘩。面对这样的感情窘境,你也感到厌烦了吗?

LIFESTYLE Sat, 16 Dec 2017

Kalau Muka Tampan Tapi Amat Menyusahkan Buat Apa

Tidak guna mempunyai wajah yang tampan tetapi menyusahkan dari segala aspek

error: Content is protected !!