Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 4, 2019 @ 11:22pm

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kisah Datin Vivy Yusof, seorang usahawanita dan ikon fesyen Malaysia, juga pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group  dikecam teruk di media sosial baru-baru ini hanya kerana #VivyYusofChallenge telah mengingatkan kita kepada kisah Sharifah Amani (33) yang juga dikecam teruk hanya kerana dengan secara jujurnya mengatakan bahawa “I sound like stupid if I speak Malay, so I’ll speak English” semasa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 2006.

 

Pada ketika itu beliau baru berusia 20 tahun dan masih mentah di dalam industri pengfileman dan apabila beliau memilih untuk memberi ucapan di dalam Bahasa Inggeris, masyarakat terus mengecam kerana secara tidak langsung beliau seperti memperlekehkan bahasa kebangsaan. 

 

 

komen Nani di entri instagram @budakijat

 

Sharifah Amani yang membahasakan dirinya Nani berkata “Nani dulu pun mengaku bodoh cakap Bahasa Malaysia. Nani bagi tau semua orang. Bukan pasal Nani bangga tapi pasal Nani jujur. Mungkin cara tu silap tapi itu lah cara Nani nak mintak tolong kot.

 

“Dulu masa kena kecam teruk Nani jadi lagi jauh dengan Bahasa. Dah jadi sejenis phobia (fobia). Pergi mana-mana je ada yang nak kutuk, nak hina. Terus takut nak berbahasa . Tapi Alhamdullillah masa tu ada Abang, Bahri, Isma semua kat set. Korang tak judge Nani langsung. Lagi korang love Nani lagi Nani berani nak berbahasa” komennya pada laman instagram @budakijat yang merupakan pengarah filem Emil Emilda yang dilakonkan oleh Sharifah Amani.

 

 

“InsyaAllah saya boleh terima teguran tapi bukan cacian. Kami semua manusia biasa ada baik ada buruk. Apa saya lalui dulu dan kadang-kadang sekarang pun membuatkan saya sangat sedih dengan cacian yang di lontar di ruang komen ini. Terus saya flashback. Adakah aku bukan manusia jika aku bercakap jujur?

 

“Syukur ada yang sudi mengajar dan bukan mengeji. Dulu dengan setiap kejian langkah saya semakin jauh dengan bahasa. Alhamdullillah ada yang sabar ingin kongsi ilmu bersama. Marilah kita mengajar dengan kasih sayang dan bukan kejian dan hukuman. InsyaAllah.” katanya lagi.

 

Sememangnya para netizen kadang-kadang bertindak keterlaluan bila meninggalkan komen berbaur benci, mencaci dan menghina orang lain yang melakukan kesilapan, sama ada mereka selebriti atau bukan. Amat mudah untuk kita menegur tanpa sempadan dan had bila kita sekadar ‘keyboard warrior’ dan berselindung di sebalik identiti yang ‘anonymous‘ atau ‘fake’. 

 

Sebelum kita bersuara, sama ada di alam nyata atau virtual, tanya pada diri sendiri…adakah ia perlu? We all leave virtual footprints. Banggakah kita bila orang masih boleh membaca benda-benda yang kita tulis/komen di media sosial apabila roh sudah meninggalkan jasad kita? Renung-renungkanlah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

Fazley ada memuat naik kenyataan mengenai isu rumah tangga, khususnya berkaitan pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Featured Mon, 12 Jul 2021

Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

Isu moratorium dan pinjaman saban hari masih menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat. Justeru, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan pinjaman moratorium. Menurut, Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia […]

error: Content is protected !!