Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 11, 2019 @ 1:04pm

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

“Apabila saya kata tak setuju bercerai, kita cuba memperbaiki hubungan sebaik mungkin dan cari kebaikan.” kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang menolak penceraian dengan isterinya, Noor Nabila, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

“Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan.

“Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh. Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut,” katanya.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya.

Sementara itu, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada Neelofa menangis selepas suaminya menolak permohonan cerai yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya.

Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.

“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan penceraian itu pada 27 Ogos lalu.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Nov 2024
Featured Fri, 3 Sep 2021
Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Hiburan Wed, 6 Nov 2024
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

“Jongkong Emas Palsu?? Apa ni?” – Putra Amaris

“Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun!,” dedah pelakon Putra Amaris yang didakwa terbabit dalam penjualan jongkong emas palsu. Menerusi Instagram miliknya, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam urusan jual beli jongkong emas seperti yang […]

Hiburan Sat, 19 May 2018

《2018世界传媒节》首要媒体夺5大奖项

首要媒体集团电视网络(MPTN)再创辉煌,于德国汉堡举行的《2018世界传媒节》中,成功夺下5大奖项,其中包括3项金奖及2项银奖。

error: Content is protected !!