Hiburan By: Del14 September 25, 2019 @ 4:58pm

Nana Mahazan Sedar Diri…

Walaupun kerjaya seni Nurul Hana Binti Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (36) bermula dari bidang nyanyian tetapi sepanjang 16 tahun kariernya, Nana hanya menjadi penyanyi selama 3 tahun dan selebihnya dia lebih menyerlah sebagai seorang hos radio dan pengacara televisyen. Nana juga pernah berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan penulisan di mana dia menulis di kolum “Bicara Nana” setiap hari Ahad di Harian Metro. 

Walaubagaimanapun baru-baru ini peserta program realiti tv Akademi Fantasia musim pertama ini meluahkan di dalam entri instagramnya yang mengepilkan klip bual bicara di dalam The Sherry Show bahawa dia suka menyanyi walaupun suaranya biasa-biasa saja.  

 
 
 
View this post on Instagram

? . Not many yg tahu, saya suka nyanyi.. Tapi tak lah sedap mana pon.. xleh jadi penyanyi pun.. saya paham, saya terima dan saya move forward. But singing will always be my hobby.. tapi tak jugak.. sbb now hobby lain kot ye.. hahahaha.. saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap. Talk. Walaupun xpernah menang pape award saya tetap bersyukur sbb saya masih lagi diterima (sbb ade gak lah production yg nk bg job kan). Being Nana Mahazan, saya komited.. saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu tak semua org suka cara penyampaian saya.. but hey, saya cuba.. . . macam abah pesan, “na, kalau dalam 10 org, yg suka kita 1-2 org pun dah ok kan?” Aah.. setiap org tu dia special.. semua ade kelebihan dan kekurangan.. apa2 pun, buat org happy pun antara kegembiraan saya.. terima kasih korang yg follow saya, yang selalu ada.. saya doakan semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.. sama sama kita perbaiki diri dan sayang menyayangi antara satu sama lain.. #spreadlove #sitihabsahjusmain @rezamohamed je yg paham hashtag tu ? . Ok skang tag kawan korang yg tak sedar diri dan sedar diri ?????

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ™️ (@nanamahazan) on

“Not many yang tahu, saya suka nyanyi…tapi tak lah sedap mana pun…takleh jadi penyanyi pun…saya faham, saya terima dan saya move forward.  But singing will always be my hobby,” tulis Nana. 

Menurut Nana, walaupun dia tidak pergi jauh dalam bidang nyanyian, dia menyukai kerjanya sekarang. 

“Saya seronok buat kerja saya sekarang. Bercakap. Talk. Walaupun tak pernah menang apa-apa award saya tetap bersyukur kerana masih lagi diterima. Being Nana Mahazan, saya komited. Saya selalu berikan sehabis baik. Walaupun saya tahu tak semua orang suka cara penyampaian saya..but hey…saya cuba,” ujarnya lagi. 

Berpegang kepada pesanan ayahnya, anak kelahiran Muar ini mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang masih mengikutinya dan selalu ada untuk dirinya kerana menurut ayahnya “Kalau dalam 10 orang, yang suka kita 1-2 orang pun dah ok kan?”. Syukur masih ada peminat yang menyokong karier Nana selama 16 tahun sebagai anak seni. 

“Terima kasih korang yang follow saya, yang selalu ada. Saya doakan semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Sama-sama kita perbaiki diri dan sayang menyayangi antara satu sama lain, ” katanya lagi.

Nana yang mempunyai dua anak, Althea dan Aaqib hasil dari perkongsian rumahtangga bersama suaminya Raqeem Brian Abdullah pada tahun 2009 merupakan di antara 17 selebriti perintis yang memasarkan produknya sendiri iaitu NanaMahazanBeauty by Nana Mahazan di  bawah portal e-niaga Cantix yang dikendalikan oleh Media Prima Berhad TV Networks (MPTN) melalui Xtra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Sun, 1 Oct 2023
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Joy Revfa Jadi Bahan Kecaman?

hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram terus kena kecam

Featured Wed, 20 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Bosan dengan isteri tak jaga penampilan diri, lelaki berniat nak kawin lagi? Rapid KL kena sembur! Trend niaga Timbang jadi ikutan? Fuhhh, tu dia segmen #WhazzupNetizen minggu ini!