Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal September 11, 2019 @ 12:59pm

“Abang Posmen Atlet Lontar Peluru Kot?”

Pembelian atas talian tentunya menjadi pilihan ramai kerana lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga. Pembeli boleh membeli semua barangan dengan hanya menekan satu butang sahaja. Malah barang tersebut boleh sampai terus ke depan pintu anda.

Tapi, mungkin ramai yang tak sedar dalam keterujaan kita menerima barang ‘online’ tu, ada seorang individu berjasa yang memastikan kita menerima barang itu dengan selamat dan tepat pada masanya, abang posmen!

Seorang pengguna twitter, Afiqah ada berkongsi insiden lucu yang terjadi ketika dia sedang keluar dan tiada sesiapa pun di rumahnya pada waktu itu.

Afiqah kemudiannya menerima panggilan dari seorang posmen yang menyatakan bahawa dia sudah ada di depan pagar rumah untuk menghantar bungkusan barangan.

Namun kerana tiada sesiapa di rumah, Afiqah terus meminta supaya posmen itu mencampakkan sahaja bungkusan itu ke dalam kawasan rumahnya.

Tetapi ketika sampai sahaja di rumah, Afiqah cuma mencari bungkusan yang dimaksudkan posmen tadi namun gagal. Tidak terlihat apa-apa bungkusan.

Oleh itu Afiqah segera menghubungi semula abang posmen tadi dan memberitahu bahawa dia tidak dapat menemui bungkusan itu.

Rupanya, abang posmen tu tercampak barang tu terlebih tinggi sampai ke bumbung!

Insiden mencuit hati itu nyata membuatkan warga twitter turut terhibur.

Abang posmen ni entah-entah dulu atlet lontar peluru!

Afiqah turut meninggalkan pesan untuk abang posmen tersebut.
 
“Untuk abang posmen kalau you tau pasal ni. I’m really okay with this, you really made my dayyy abang Hahahahaha..Thank you

Secara jujurnya, saya okay je sebab bagi saya it’s just benda biasa, so utk abang posmen jangan serik hantar barang kat rumah saya pulak tau.”

Sumber: Nranafqh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jun 2025

Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain

Aeril Zafrel bimbang Wawa dan Hayla kena penyakit ain selepas viral niaga kek batik

Trending Tue, 1 May 2018

Hari Penghargaan Bagi Anda Yang Bekerja, Jom Kenal Sejarah Hari Pekerja!

Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Trending Mon, 1 Jun 2020
Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Trending Sat, 28 Nov 2020
error: Content is protected !!