Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal September 29, 2019 @ 12:38pm

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Instagram Stories merupakan salah satu bentuk perkongsian pada Instagram yang membolehkan pengguna menerbitkan gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, setiap Stories yang diterbitkan boleh dilihat dan ditonton oleh semua rakan-rakan yang mengikut profil anda.

Namun, sekiranya anda hanya ingin memperlihatkan Instagram Stories kepada beberapa rakan terpilih, kini anda boleh melakukannya melalui ciri baru dinamakan Close Friends.

Instagram Close Friends

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, kini anda boleh membuat senarai Close Friends dengan melawat profil anda, dan tap pada ikon “Senarai” pada bahagian paling atas.

Dihalaman berkenaan, pengguna boleh membuat beberapa senarai dan menambah rakan-rakan yang berkaitan dalam senarai berkenaan.

Instagram Close Friends

Seterusnya, ketika anda membuat Instagram Stories, anda akan diberikan pilihan sama ada menerbitkan ia pada Instagram Stories anda atau hanya kepada “Close Friends”.

Instagram Close Friends

Berbeza dengan perkongsian Instagram Stories biasa, sesuatu Instagram Stories yang ditujukan kepada anda melalui ciri “Close Friends” ini akan membawa lingkaran berwarna hijau.

Instagram Close Friends

Dengan ciri baru ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi anda berkongsi sesuatu Instagram Stories dengan tujukan ia kepada sekelompok rakan-rakan sahaja, dan bukannya untuk semua pengikut anda di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 7 Jul 2019

Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi

TECH Sun, 5 Jan 2020

5 Permainan Video Paling Berpengaruh

  Permainan video telah mengalami landskap perubahan yang ketara dalam teknologi, model perniagaan dan pasarannya, yang kini termasuk lebih banyak pemain wanita dan penonton yang puratanya lebih berusia. Mungkin anda tertanya, apakah 10 permainan video paling […]

TECH Sat, 12 Oct 2019
Automobile Tue, 24 Apr 2018

选民们看过来!现可通过MySPR Semak手机App查选民资讯

5月9日已被宣布为全国特别公共假期,因此小编在此呼吁已注册成为选民的读者,在投票日一起履行公民责任。为了方便选民,选委会推出了MySPR Semak手机应用程式,让选民们能更方便地了解本届选举的投票站及投票渠道等相关资讯。

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Tue, 28 Nov 2017

Cara Memadam Folder Kosong Pada Android

Ramai yang tidak sedar bahawa peranti pintar mereka dipenuhi ‘sampah’ yang tidak dikehendaki. Tahukah anda bahawa setiap kali aplikasi di padam akan meninggalkan folder kosong dan beberapa file “sampah” yang akan menjejaskan prestasi peranti? Berikut kami […]

TECH Thu, 23 Aug 2018

Kunci PC Anda Menggunakan “Pendrive”

Kepada anda yang mementingkan keselamatan tambahan, terutamanya ketika anda berjauhan seketika pada PC. Boleh sahaja cuba langkah kesalamatan berikut.

TECH Sat, 7 Dec 2019

Cara Mudah Menyekat Sebarang “Website” Pada Chrome

Risau akan anak – anak yang menggunakan PC dirumah, berikut kami kongsikan salahs atu alternatif untuk menyekat sebarang laman  sesawang yang anda inginkan pada pelayar Chrome. Pertama sekali buat carian extension Block site pada google, seterusnya pada paparan berikut klik […]

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Sat, 7 Sep 2019

Padamkan (Junk File) Pada Whatsapp, Ini Caranya

Jangan sekali mematikan proses “Auto Download”

error: Content is protected !!